Quantcast
Channel: Premium Beautiful Bio Seleza Johor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

NO PROBLEM! : Penyusuan Susu Ibu di bulan Ramadhan..

$
0
0

Salam Ramadhan semua..

Memang jadi isu biasa bila tiba Ramadhan, ibu-ibu yang menyusukan anak akan ada kerisauan terutama bagi ibu baru. My definition of "ibu baru" is mothers with one child. Tak nak cakap ibu muda, sebab Fazi masih muda.. haahah! 



Ok, Fazi nak berkongsi apa yang Fazi tahu melalui kelas, perbincangan dengan lactation counselors seperti Kak Rita Rahayu & Farah Farhan, melalui pembacaan & juga pengalaman diri sendiri yang tak seberapa. Bukan nak tunjuk pandai, tapi perkongsian.


Mula-mula sekali, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Fazi advice dapatkan ilmu tentang penyusuan susu ibu & kena banyak belajar. Hanya dengan ilmu saja, diri kita akan tahu apa nak kena buat bila ada masalah datang. Hanya dengan ilmu, kita akan LEBIH YAKIN bahawasanya kita memang MAMPU membekalkan susu yang CUKUP untuk anak-anak kita. 



Kenapa ilmu penting?
Sebagai contoh, kenapa nipple luka? Kenapa bekalan susu belum (bukan tidak) mencukupi? Dan yang paling penting, KONSEP ASAS PENYUSUAN SUSU IBU itu yang terutama sekali kena FAHAM.


Milk boosters seperti kurma, sayur-sayuran hijau, fenugreek, supplements atau vitamin, pemakaian Premium Beautiful (walaupun Fazi authorized dealer, Fazi tetap menyatakan, nak banyak susu, mesti faham konsep asas), boleh membantu membanyakkan susu, AKAN TETAPI, ibu-ibu kena KERAP menyusukan anak & mengepam susu.

Nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 6 bulan & disambung sehingga 2 tahun mesti berpegang kepada konsep:

"Supply & Demand"

Bila susukan anak lebih kerap, pam dengan lebih kerap, badan kita akan hantar signal kepada otak, "Oh my baby needs more milk. So please, produce more". Dan teruslah otak akan mengarahkan supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Kalau anak tak menyusu dengan kerap, di pejabat kurang pam, malam pun tidak mengepam, jadi badan akan terima 'arahan', "Ooo.. baby tuan badan aku ni tak ada nak susu banyak sangat, jadi tak perlulah nak ada susu banyak." Jadi signal terus akan dihantar kepada otak berdasarkan keperluan. Jadi, hasilnya, sendiri boleh fikir.



Macam ni lah senang cerita, analogi yang lebih ringkas.

Hari ni buka gerai Roti John target jual 30 biji saja. Tapi belum pukul 6 dah habis 30 biji & 20 orang yang nak. Jadi apa tindakan seterusnya? Esok tambah lagi bahan-bahan untuk jual 55 biji. Just incase ada lagi yang nak beli, ada back up.

Kita nak dimurahkan rezeki (nak susu banyak), tapi tak nak berusaha (malas nak pam kerap dipejabat & waktu malam & weekend kurang nak susukan anak & kurang rajin nak pam juga), hanya berdoa sahaja (hanya mengharapkan bantuan lain seperti supplement atau milk booster), Allah pun takkan nak beri.

Sebabnya? TIADA sebarang usaha dilakukan melainkan mengharap. Tak boleh ada budaya harap-mengharap bila nak berjaya (tak kira lah bidang apa pun). Jadi tak peliklah kalau susu kurang supply.

Kalau baby kurang nak minum sewaktu dirumah, ibu-ibu kena pam termasuk pam di waktu malam atau pagi-pagi buta. 

Tak dinafikan untuk mengepam di waktu pagi-pagi buta sangat memerlukan motivasi sangat tinggi, ketahanan fizikal & mental. Penat memang penat, tapi itulah ibu, kan? Sabar, insyaAllah hasilnya kita akan dapat.

Salah satu cara yang paling best ialah sambil menyusu sambil mengepam. Memang mula-mula payah sikit, tapi lama-lama tererrr.. :D InsyaAllah anak pasti akan senyum kekenyangan & disertai dengan BURPPP yang besar. (ok, itu anak Fazi je kut. Anak lelaki katanya.. hehehehe..)

Dan ibu-ibu sekalian, janganlah bandingkan diri sendiri dengan ibu-ibu yang lain. Kalau mereka dapat pam susu lebih banyak dari kita, jangan kita down. Setiap keperluan anak adalah berbeza. Jadi kena faham seperkara lagi, susu yang dihasilkan dari badan kita adalah mengikut keperluan anak kita, bukan ikut anak orang lain.

Begitu lah perkongsian Fazi hari ni..

Boleh lihat disini tips penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan, Fazi dapat ilmu ni & ilmu ini juga masa pergi kursus di Sarakids beberapa tahun yang lepas. Fazi tulis semula yang mana Fazi ingat & sempat salin.



Kenapa Fazi menulis tentang perkara ini? Saban hari, Fazi tengok ibu-ibu mengeluh kesah tentang milk production mereka. Trust me, nothing to be worried. Lagi kita susah hati, lagilah susu tak berapa nak meriah. 

Again, Fazi bukan nak tunjuk pandai, tapi Fazi terpanggil untuk berkongsi selepas baca pesanan Imam As-Syafie..

Mothers..
 Be happy..!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Trending Articles