Fazi memang dah lama nak pergi ke Bukit Tinggi. Cuma masa tak sesuai jer. Tapi mesti nak pergi sebelum puasa.
Fazi memang suka pergi holiday tempat yang tenang. Sebenarnya ikut mood lah, kalau nak shopping, pergi tempat shopping. Tapi selalunya nak berehat sahaja.
Dan pergi ke Bukit Tinggi ni kononnya nak ambil mengimbas semula suasana Paris.. Tapi memang la tak sama, kan.. Tapi beberapa percent tu ada la..
Tapi yang paling penting, ketenangan..
Lepas check-in, tanpa buang masa, kami jalan-jalan ambil angin. Dan seronoknya bau hutan. Segar!
Orang dah pandai berjalan..
Abah-abah muda.. muda kah? eheheh
Oh by the way, that is Amzar's signature facial expression. Dan abah, maaf ye, tak jadi tiru Amzar.. heheheh
Anak-anak Cikgu Rokiah ni semua perempuan, dapat cucu-cucu semua lelaki.
:D
Ni sememangnya kerja mama.. Abah selalu geram dengan mama sebab mama selalu je sakat saya..
Ala alaa.. datang abang untuk pujuk la..
Mama jugak berjaya pujuk dia.. Sayang Amzar..!
Malam memang tak ada aktiviti apa yang sesuai nak buat kat sini melainkan ambil angin malam & ada show akrobatik. Tempat makan ada beberapa restoran, tapi sebab Fazi lapar kan.. Jadi nasi itu dah satu kemestian.
Sementara que, Amaar & Luqman ni buat macam tempat diorang sendiri la kan.
:D
We had roasted chicken & ayam percik for dinner
The next day, we went to Animal Park.
Naik tram, sangat convenient.
Seronok tengok anak-anak enjoy. Memang Fazi nak anak-anak Fazi dekat dengan alam. Supaya diaorang tahu dari mana, siapa yang ciptakan semua ni.. Back to basics.. For me, too much off ipads, too much of television will affect their cognitive, affective & psychomotor.. bak kata Wardina, ipad robbed our children.
Tapi lain parents, lain pandangan. So no offence ya..! :)
Si kecik ni pun tak terkecuali seronoknya.. hehehe..
Dah janji kena tepati, kan? Mama tak boleh bagi anak-anak cakap kat mama & abah, "Janji dicapati".. hahaha!!
p/s: Tak ada kena-mengena dengan mana-mana tagline ok, suka guna tagline tu sebab ryhmes. :)
Ameer Luqman yang paling seronok dapat naik 'kuda'.
Banyak kali cakap donkey, tapi dia kata kuda juga. Layankan la.. hehehe..
Ok, boleh hantar kelas menunggang kuda pulak ni.. :)
Seronok sangat main, lepas tu kami berangkat pulang. Babies dah tak larat nak berjalan lagi. Lain kali datang tengok Japanese & French Village..
Last but not least..
Gambar yang paling mama suka..
Kasih abang.. :)