Quantcast
Channel: Premium Beautiful Bio Seleza Johor
Viewing all 117 articles
Browse latest View live

Satu lagi kelebihan Bio Seleza :)

$
0
0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Hari ni nak cita pasal period..
Cakap pasal period, orang perempuan jer yang tahu keadaannya macam mana. 

Lebih kurang macam kat bawah ni la. Hahaha!! Hey! Those makes  women special. Hahahaa!! Yeeelah tu..



Tapi untuk Fazi lebih kepada macam di bawah ni..


Haaa.. sakit belakang yang melampau rasa macam nak cari hammer ketuk tulang belakang. Hehehe begitulah rasanya lebih kurang.

Tapi lepas period? Macam kat bawah ni.. hehehe..


 
Itu baru masuk bab sebelum period. Bukan semasa period. Haa.. masa yang masa period, ada yang berguling-guling, muka pucat lesi, meringkut macam ulat gonggok siap terpaksa ambil MC. Tu belum masuk bab bocor! Nightmare hokeyy..

Sebab Fazi memahami, jadi Fazi share. Bukan sebab menjual ku kata bagus. Tidak, tapi sebab bagus, Fazi share. Beli dari Fazi ke beli dari orang lain ke, itu cerita lain.

Bio Seleza Fazi dah pakai & memang superb. Fazi mula pakai sejak berpantang. Tidak lagi ku pakai maternity pad. Sebab Bio Seleza boleh cover dengan marvelous sekali. Tak ada risau bocor, KECUALI tak lekat betul & tersalah lekat. Hahahah betul la kan.. takkan salah Bio Seleza gak kalau salah lekat, bukan dia boleh lekatkan diri sendiri, ye dak?   

Boleh dikatakan, ramai wanita, handbag orang perempuan, macam handbag doraemon. Semua benda ada. Selagi boleh isi, isi. Husband Fazi cakap, "handbag ayang kalau baling kat anjing boleh mati".. Haaa gitu sekali.. Hahaha! 

Tapi benda yang wajib ada ialah pad, betul kan? Biar tak ada lipstick & bedak, janji ada pad. Dibuatnya kawasan kita pergi tak ada kedai, nak cari celah mana pad? 

Handbag kita walaupun bersih tanpa habuk, tapi betul ke benar-benar bersih? 

Imagine, lipstik, kunci kereta, handphone terjatuh atas lantai, kita tiup-tiup or lap sikit pastu terus masuk handbag. Kita tak ada pergi cuci pakai sabun kan? Semua kuman-kuman tu berkumpul dalam handbag kita yang kita tak pernah cuci melainkan kalau betul-betul terkena kotoran yang major (dan kalau boleh dicuci dengan sabun biasa. Kalau leather?)

Kelebihan Bio Seleza antaranya yang Fazi share hari ini ialah Bio Seleza dibungkus dengan rapi. Complete sealed. Seperti dibawah.
 
 Kiri & kanan dilekatkan rapi.



 Haaa.. bahagian ni yang selalu pad brand lain terlepas pandang. Packaging Bio Seleza bukan je dilekatkan kiri & kanan, tapi di bahagian bukaan atas. Tak ada habuk, kuman & bakteria boleh masuk ke dalam Bio Seleza. 


Closer look. Memang dilekatkan sepenuhnya. Tiada rongga.


Perbandingan antara pad yang ada di pasaran & Bio Seleza. Pad yang packaging warna hijau boleh nampak pad yang ada di dalam. 

Pantyliner Bio Seleza pun complete sealed.

Jadi tak pelik kenapa bila pakai pantyliner & pad, biasanya akan selalu rasa gatal-gatal.

Sebab tu Fazi suka sangat pakai Bio Seleza, sebab memang selesa sangat-sangat. Tak lagi risau bocor disebabkan heavy period. And on top of everything, we feel dry all the time.

 Ada banyak lagi kelebihan Bio Seleza yang akan Fazi share. 

Nak order?
Whatsapp Fazi 012-755 2800

Sempena dengan hujung tahun ni, Fazi nak bagi FREE POSTAGE untuk semua produk. Boleh order juga walaupun Fazi bercerita dalam blog Fazi.

Till then..

Love,
Fazi..

Macam mana nak bina legasi perniagaan sendiri?

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. :)

Lagi 22 hari sebelum melangkah ke tahun 2016.



Ramai yang tahu, ekonomi 2016 bakal lebih mencabar. Fazi terima dalam group whatsapp banyak benda akan naik pada tahun 2016 & di hujungnya ada pesanan, "selamat menabung"

Soalnya... Kalau banyak naik, macam mana nak menabung kalau income kita sama macam tahun 2015?

Tapi ramai yang dah bijak sekarang. Memang ramai yang mencari side income walaupun terpaksa bermula dari bawah. Semangat yang macam tu kita nak. Sebab konsep "Bukan senang nak senang & bukan susah nak susah" tu memang tak lapuk dek zaman. Beribu tahun dulu dah guna sampai la pun valid lagi.

Fazi offer kepada semua, sesiapa sahaja tak kira umur, bangsa & kelulusan apa yang berkeinginan untuk ada legasi perniagaan sendiri bersama Smart Synergy Leaders. 

Smart Synergy Leaders buka satu platform untuk sesiapa belajar memulakan business dalam industri KESIHATAN. 

Pada yang ada instagram, boleh tengok pada #smartsynergyleaders.

 Hampir 5,000 post ada di instagram & boleh tengok aktiviti restock, COD, postage dilakukan setiap masa, setiap hari di semua negeri.

APA MAKSUDNYA TU?

Maksudnya mereka ini semuanya ada duit masuk dalam poket setiap hari. Contohnya, RM30 untung runcit darab dengan 3 barang saja dah jadi RM90. Ada yang buat jualan harian RM1000 sehari. Cukup 30 hari, RM30,000 sebulan. 

MUDAHNYA?

Memang mudah. Sebab produk memang terbukti berkesan. Nak tahu keberkesanan? Google saja. Smart Synergy Leaders juga ada banyak testimonial. Boleh digunapakai percuma saja. 

Smart Synergy Leaders letakkan produk di hadapan. Bukan cakap kosong tanpa bukti keberkesanan produk.

KENAPA PRODUK KESIHATAN?

 Hidup ini ada 3K.

K yang pertama Kesihatan
K yang kedua Keluarga
K yang ketiga Kerjaya (business or bekerja)

Dalam 3K ni, Kesihatan yang paling utama. Duit menggunung pun takkan berguna kalau kesihatan tak bagus. Jadi produk kesihatan SELALU menjadi pilihan untuk mulakan business sebab market sentiasa ADA, insyaAllah. 

APA YANG SPECIAL SANGAT KAMI NI?

*Anda akan dipromosikan dalam laman-laman sosial kami secara PERCUMA termasuk blog, instagram, facebook personal & fanpage.
* Modal RENDAH
* Market luas termasuk Sabah, Sarawak, Brunei & Indonesia.
* Produk mudah didapati, stokis ada di seluruh negara.
* Produk mendapat kelulusan KKM & KPDNKK
 * Segala bantuan bagi tujuan pemasaran akan diberikan
* Testimonial BANYAK. Guna PERCUMA.
* Bimbingan pemasaran ONLINE & OFFLINE. PERCUMA.
* Bonus lumayan
* Sokongan teknikal
* Sesuai untuk semua golongan termasuk pelajar. Tak ganggu waktu study. 

APA YANG AKAN DIAJAR?

* Teknik Facebook Marketing
* Teknik Instagram Marketing
* Copywriting
* Ilmu produk yang mantap & mudah difahami
* Teknik menjawab soalan pelanggan (tinggal copy & paste saja)
* Teknik ayat power close (tinggal copy & paste saja)
* Bagaimana menguruskan perniagaan secara online & offline.
* Ilmu menjana pendapatan 4 angka gemuk setiap bulan TANPA perlu ada kelulusan tinggi.


Come on! Let's be part of us.
Whatsapp Fazi 012-755 2800

Berlapang dada..

$
0
0


".... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.."
(An-Nur: 22)


Manusia bukan maksum.. Namun, memaafkan orang lain agar Allah memaafkan kita..

Semoga aku terus istiqomah..

:)

Austria & Hungary yang best. :)

$
0
0




 This is soooo overdue. Hahaha! But better late than never, kan? 

Tengok gambar-gambar je buat Fazi tersenyum. Fazi doakan semua yang membaca dapat peluang melancong ke Europe. Satu benua yang cantik. Yelah.. semua yang diciptakan tu ada keistimewaan kan? Dan kita manusia, memang normal akan excited bila jumpa benda yang lain dari kebiasaan.

Basikal berderet tu bukan basikal sesapa punya. Tapi public punya. Jika di Paris, ada kereta public punya, guna bateri. Charge selamba je tepi jalan tak dak sapa kacau. Baguih kan depa. Baru minda kelas pertama. (Sila jangan meng-kontroversi-kan statement ku. Follow depa yang baik-baik ja, maksud cheq :D)


 
Apa yang Fazi experience, Fazi akan share di sini dengan semua. Sharing is caring. :)

Masa kami pergi masih lagi dalam musim sejuk. Fazi seperti biasa mengharapkan snow! Memang ada snow, tapi malangnya tak dapat nak rasa. Huhuhu..


 Sampai airport terus bertukar la. Ni semua muka tak mandi. Asal boleh je gosok gigi dalam toilet, minah-minah saleh sume tengok, agaknya dia fikir, ape kess la diorang ni. :p


 Perut mesti kena isi dulu la kan. Makan nasi! Lapo weihh..


 Dah kenyang baru boleh posing. :p


 Tempat pertama yang pergi, Hard Rock Cafe. I'm not a fan. Beli untuk husband saja. Selebihnya posing merapu dengan Sha. Heheheh..




 Street entertainer

 Alhamdulillah kami dapat duduk di Hilton Budapest City. Siap-siap lepas tu kami di bawa makan di tempat yang dah wujud beratus tahun. Malangnya, daku lupa apa nama restoran ni. 


Ni starter-nya.. hahahha!! memang hungry lah jawabnyaa.. kekekek..


  Sambil makan sambil dihiburkan dengan local culture. Very interesting. :)

Tangkap gambar tu bukan free. Kena kasi tips! Kalau tak kasi, sampai ke sudah la dia dok kat tepi tak beralih. 

3 kat atas muka mengantuk. 3 kat bawah segar lagi. Hehehe.. tengok tu makan roti dengan sup. Balik bilik memasing bukak maggi & sambal ikan bilis. kekekek..

Tanjat gegirl..! Heheheh..


 Fefeeling raja zaman dulu makan sambil ada persembahan hehehe..


 

 


Day 2
Melawat Visengrad yang wujud di Era Renaissance.

 Ini nama posing depa tangan.. :p

 Turun dari bas, kami disambut dengan abang-abang drum ni ha.. Terasa nak march sekali. Ngee..



 Menuju ke Visengrad Palace. Sejukkk.. tapi besst..

I'm sorry, I wish I could have better pictures to show you. Semua ambil dengan telefon saja. Fazi pegi seorang je kali ni, Aisyah was too small untuk ditinggalkan tanpa mama & abah. Jadi mama jelah pegi. Hehehe.. I love you abah! MMuahh!




 Haa.. minum air  teh panas.. fuhh.. mabeles betul waktu-waktu sejuk minum air panas.

Orang ni patut tengok la muka kitaorang kan? Bukan selalu jumpa orang Asia. Eh! Tetiba. :p

Visegrád ni sebenarnya town kecil di Pest County, Hungary. Population pun tak ramai. Lepas Fazi pun tak ingat dah apa mamat ni cerita. Hehehhe..

 Lepas dengar explaination, kami terus dibawa keluar untuk tengok show diorang. 

This is the best part. Fazi memang suka tengok Merlin, King Arthur, so segala yang diorang pakai ada robe, arrows & bows, horses, memang ku suka lah! This is the part I enjoyed the most. 













 Posing satu dengan abam warrior ni.. 


 Subhanallah cantik sangat..


 Pendek kata, apa je yang tak da kat Malaysia, semua kitaorang nak bergambar. Hahaha!! Bukan senang nak sampai. hehehe..


 Berangan juga nak street photography.. layan je la.. :p

 Dah tengok show, makan pulak.. Sejuk-sejuk ni memang cepat lapar.
 Abam ni muka syahdu je kan. kekeke.. dah macam patung pun ye daku tengok.





Sup bawang dia sedap!





Dan makan roti sebesar ni pun Fazi masih lapar. Ape cita laa..



 Macam ikan senangin kan? Fazi ni bab ikan dengan pokok, memang laaa out. Kekeke..




Haaa.. paling lega teramat sangat, bila kemudahan solat disediakan. Alhamdulillah. 



 Solat sesama dengan Kak Li. Jadi bergambar pun "haaa.. kau amik gambar aku, aku amik gambar kau." Hahahaha!!


 Posing depa tangan lagi. Tah la kenapa daku pose gini. 











Lepas tu kami ke Fisherman's Bastion.





 Fisherman's Bastion ni dia bertingkat-tingkat. Style neo-gothic & neo-romanesque. Sejak dari tahun 1800++ dah wujud. Dari sini boleh nampak pemandangan Sungai Danube.One thing about Europe, architectural design dia gothic. 

      Belah malam pergi shopping souvenir. Ni aiskrim yang ku cari tapi tak jumpa yang jumpa Aienn. Dapat la merasa. Sedap!



 Tak sah kalau tak naik river cruise. Cantik sangat permandangan dia. Sejuk pun kami tak kisah berdiri atas dek feri. SANGGUP! Bukan senang nak sampai. 

 Ni the Hungarian Parliament Building. 
Cantik kan?




 Weeehu!





So that's the end for day 1 & day 2 in Budapest. InsyaAllah akan ku sambung lagi. Bila? 

Jangan dikau tanya. Tetau nanti muncul. 

Heheheh..

Love,
Fazi..

Cara Jerman melaksanakan kitar semula botol minuman.

$
0
0

Menarik betul. Boleh kita contohi sistem macam ni.



Teka teki teka tekuk, siapa siapa salah, kena ketuk! Hahahah!

$
0
0

 Semalam Fazi bagi teka-teki di facebook. Tapi tak ada jawapan yang tepat. Hehheeh.. Jadi hari ni nak beri jawapan.
 

Jawapan dia ialah ........
 
Orang yang pakai Premium Beautiful.. :)

Seperti yang macam Fazi cakap sebelum ni, Premium Beautiful fungsi dia ialah 70% kesihatan & 30% kecantikan. Satu lagi, pakai Premium Beautiful bukan soal kecil atau besar, tapi yang berbadan kecil atau tak berapa berisi tapi ada yang tidak berpinggang atau masalah perut buncit. Orang yang pakai Premium Beautiful elok badan terbentuk. Dan yang badan berisi elok terletak nampak eksklusif.

 Macam orang ni, bukannya dia kategori gemuk, cuma badannya kurang kemas. Lepas pakai korset badan elok kemas. 

Kim Karsdashian jenis pear, full figure. Tapi badan dia cantik & kemas.




Betul cakap Oprah Winfrey. Berisi atau kurus bukan kayu pengukur cantik atau tak. Love yourself, then only people will love you. 


Fazi sendiri bukan jenis kurus sangat. Tapi yang penting nak badan kemas. Walaupun berisi nak pinggang ada, sebab mata suami nak tengok kan? Dan satu lagi sebab anak-anak Fazi pernah cakap "perut mama macam ada baby lagi". Tak boleh nak marah la kan? Budak kecil kan ikhlas. Nak tak nak, take challenge!

Memang betul ada banyak korset di pasaran luar, tapi soalnya yang mana satu dapat bentukkan badan dengan mantap & dalam masa yang sama, selesa. 

Baru ni Fazi ada jumpa customer yang berminat nak tahu tentang Premium Beautiful (ya, kalau orang baru tanya-tanya nak tahu tentang Premium Beautiful, nak penjelasan lebih tapi belum tahu nak beli, kira baru nak survey, Fazi no problem. Tak ada salahnya nak bertanya.. :D)

Dia baru lepas bersalin. Dan dia tunjukkan bengkung yang dia ada. Fazi buat perbandingan & semua boleh tengok seperti dibawah.

Cantik, memang tak nafikan memang cantik. Premium Beautiful pun tidak kurangnya. Tapi cuba tengok lebih teliti.  

Material sangat nipis & jarang. Kalau nipis, dari segi nak grip badan dengan kemas?

 

Kemudian, uniknya Premium Beautiful, ia ada banyak saiz. jadi sangat sesuai untuk orang badan kurus hingga badan besar. Setiap saiz tu memang berbeza dari segi panjang & lebar. Sample yang Fazi bawa untuk customer ni, memang ngam dengan ukuran badan customer. Boleh tengok sendiri perbandingan lebar kedua-dua bengkung. 

Waist Nipper (bengkung) Premium Beautiful akan cover dari bawah breast sehingga bawah pusat kira-kira satu inci ke satu inci setengah. Memang panjang. Kenapa macam tu? Sebab kita tak nak bila duduk, bengkung akan terlipat & ada lebihan perut terkeluar.


 Ok kat bawah ni, customers With & Without Premium Beautiful




Love,
Fazi
 

Kelebihan Premium Beautiful

$
0
0
Assalamualaikum, Hi!

Walaupun Premium Beautiful dah lama lebih 10 tahun di pasaran, MASIH ramai yang belum tahu.

Jadi Fazi ringkaskan perkara penting apa yang kena tahu tentang Premium Beautiful & kenapa Premium Beautiful pilihan terbaik.
:)

KELEBIHAN LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL

 Ramai tersalah pilih bra. Fazi pun sama juga dulu. Tali bra halus, memang seksi. Tapi apa guna seksi kalau tak boleh support dengan baik. Di bahagian perut, lemak akan diagihkan sekata ke tempat yang sepatutnya & bahagian perut akan lebih firm & leper.

 Di bahagian belakang berbentuk U sama juga fungsinya untuk mengagihkan lemak belakang badan ke bahagian yang sepatutnya. Dan ada 3 pasang cangkuk yang mantap boleh dilaraskan.



KELEBIHAN LONG GIRDLE PREMIUM BEAUTIFUL


Long girdle Premium Beautiful tersangat lah best. Perut terus leper! Bukan tu saja, sangat selesa dipakai masa zumba. Waktu period paling rasa melegakan. Lancar pengaliran haid.

KELEBIHAN WAIST NIPPER PREMIUM BEAUTIFUL


 Bukan perempuan saja boleh pakai Premium Beautiful, tapi lelaki juga boleh. Waist Nipper ni sangat-sangat best untuk jaga tulang belakang.
Dan untuk lelaki pakai baju jersi atau baju yang ikut cutting badan? Haaaa... pakai Waist Nipper Premium Beautiful untuk bantu nampak 6 pack. Serious betul ni..!

Oklah,

Ni feedback customer lepas pakai Premium Beautiful atau boleh klik di atas bahagian Testimoni untuk testimoni-testimoni entry sebelum ni.




Sempena melangkah ke tahun baru 2016, Fazi buat offer untuk Premium Beautiful. Suka tak suka tak? :)


Harga MURAH tapi bukan yang tak ori atau bukan yang second hand. Premium Beautiful set BARU dan MURAH. 

Whatsapp Fazi 012-7552800 ya?

Love,
Fazi

Happy New Year 2016!

$
0
0

Assalamualaikum & Hi..!
 
Hari dah berubah
Usia terus akan bertambah
Tahun juga terus berganti,
Kematian adalah pasti
Bila?
Itu rahsia IIahi.

Kepada semua yang dikasihi,
Berazam kita untuk tingkatkn ketaatan kepada Ilahi
Sediakan bekal untuk dibawa nanti
Salah silap mohon dimàafi
Semoga kita diberkati.

Fazi doakan semoga dapat mendapat capai impian tahun ini & tahun-tahun yang mendatang. 
 





2016 Kick Start

$
0
0


 Assalamualaikum.. Salam Tahun Baru 2016! :D

Alhamdulillah permulaan 2016 padat dengan aktiviti yang menambah motivasi diri Fazi. Setiap hari diberi kesihatan baik dapat sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah, urusan rumahtangga tu biasa lah, daku bukan robot, jadi ada kekurangan. Hey.. jangan bagi diri stress kan? Go with the flow. Paling tidak, apa susah, buat lontaran suara "Amaaaarrr..! Ameerrrr..! Tolong mama sapu & kemas rumah yeee". Dan mereka akan gumbiranya menolong. Hahahah!! 

Selain tu, aktiviti business tetap on seperti biasa. Terima orders alhamdulillah almost everyday, tapi yang pasti dalam seminggu memang ada orders. Yang mana COD, kita COD. Yang mana nak pos, kita pos. Yang ke majlis ilmu, kita pergi majlis ilmu, yang mana jumpa partners kita jumpa untuk sesi personal touch.


Aktiviti Fazi & partners dipenuhi dengan majlis ilmu selain daripada selling. Sebab dengan ilmu, semua pun jadi mudah. Topik-topik yang diberi semuanya IKUT level. Mesti ikut kesesuaian, ajar step by step, buat pun step by step. Kalau ada yang melangkau, omak aii.. poning den dibueknyo. Heheheh..

Konsep baby steps before big steps tu memang kami pakai betul. So tak ada yang susah pun sebenarnya. Sebab semuanya guided.

Sesi regangan badan. :D


We're going to rock 2016!


Bring it on!


Kemudian, 6 Januari 2016. Memang tarikh yang kitorang tunggguuuu sangat. Sebab apa? Sebab grand opening untuk centre kami di TM32. Di sana lah tempat Fazi bermula, banyak yang jadi & alhamdulillah Fazi ke sana semula dengan impian & semangat yang lebih besar bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang super best! Tak lain tak bukan, CDM Chan, Kak Misah & CDM Abg Bad.

Fazi berdoa semoga silaturrahim & hati kami disatukan kekal sampai bila-bila. Memang best mereka ni, memang padan dengan resmi padi makin berisi, makin tunduk. Pengalaman lebih 10 tahun tu yang mahal sangat. memang banyak Fazi kena belajar.

 Ambil aura dulu sebelum majlis mula.

Sebelum majlis ilmu mula semalam, kami berjemaah solat maghrib & solat hajat bersama-sama, mohon Allah SWT berkati majlis & usaha kami.

 Official TM32 :)






  Kami mai awai, yang mana tak dak dalam gambaq, ampunnn..


 Pahang & Johor girls! Fazi ni kalau dah bercampur dengan budak bawah umur (eh!), gini ah jadinya. Lupa daratan jap. Hahaha!


 Dari utara, selatan, timur & barat, termasuk Singapore juga datang. Memang penuh, sampai ada sanggup duduk di lantai. 


Barisan CDM-CDM muda. Muda la lagi kan, sebab kurang 5 tahun CDM kami ni.. Doctor ada, software engineer ada, pensyarah ada, mechanical engineer ada, yang asal business conventional pun ada! Lain background, tapi semua bawah naungan yang sama, TM32.
 


 Semangat waja rakan-rakan kongsiku. Semua ni merentasi lebih 300km nak datang. Dari Johor, Pahang pun ada. Spend masa & tenaga untuk ilmu yang boleh terus pakai, terus dapat income. Simple je sebab dapat ilmu terus buat lepas tu dapat income.


Tahniah kepada yang hadir hari ini. untuk pengetahuan, mereka semua ni Fazi tak paksa. Tapi mereka faham konsep.
 Kipidap korang! 
:)



 Keterujaan yang tak dapat di-control heheheh..


 Mek Aienn & Mek Sha dah balik dah masa ni..


 Sifoo pesan,

JANGAN
"Ilmu simpan di buku nota, tetapi terlupalah buku nota simpan dimana!!!"

BUAT
“Ilmu baru yg telah dapat terus melaksanakan,menjadi ilmu+ pengalaman, akan bantu kita mencapai lebih kejayaan.”

:)



Kalau ditanya pada mana-mana orang yang dah berjaya, tak kisah dalam bidang apa, pelajaran ke, business conventional ke, mesti mereka akan cakap, ILMU. 

Dan kalau betul ILMU itu tak penting, kenapa Rasulullah SAW sangat suka dengan orang yang mencari ilmu? sampai Baginda bersabda, "Carilah ilmu sehingga negeri China". 

Ilmu itu segalanya..
Dengan ilmu, dapat suntikan motivasi
Dengan ilmu, jadi lebih yakin
Dengan ilmu, kita jadi lebih kuat
Dengan ilmu, kita takkan mudah mengalah
Dengan ilmu, kita takkan dipijak-pijak..

With knowledge we could become,
 Zero to Hero..
Nothing to Something..
Nobody to Somebody..

Itulah powernya bila ada ILMU..

Come & join us @ TM32!
 


Love,
Fazi.. 

Picnic @ Tanjung Balau

$
0
0

Ni kisah bulan Januari. Hahaha!! Punyala lama ku perap kan.. 

Lama tak pergi picnic. Selalunya hujung minggu mesti kitaorang anak-beranak ke Shah Alam ataupun ke Benut. Ziarah orang tua & juga business appointments. So Fazi plan untuk tahun 2016 ni nak spend masa untuk ada picnic sebulan sekali. Mujurlah rumah dekat dengan pantai. Hotels pun cantik-cantik, cuma dah rumah dekat kan, mood tu tak berapa nak ada. Kang kejap kejap nak pergi ambil barang tertinggal. 

Ni first time picnic di Tanjung Balau. Biasanya jalan-jalan je. Best sebab pantai bersih. Tapi bahaya. Tahun lepas je banyak korban. Tahun ni pun baru masuk Februari je pun dah banyak. Kesimpulannya, kalau nampak bendera merah tu naik, tak payah lah mandi ke, nak memancing ke, apa-apa je tak yah. Mandi kat gigi air pun mak ayah kena perhati anak-anak betul-betul. Sebab ombak nak tarik tu kejap je within few seconds.

 Abah & assistants kenits.. Hehehe..




 Aisyah memang begitu, kurang nak senyum dia. Dok la muka tercengang. hehehe..


 Kita main masak-masak je lah Aisyah, mama malas nak basah-basah.


 Simple but full with love, gitewww.. Heheheh.. Nasi lemak, nugget, buah epal & mata kucing, juice & susu coklat.






 Suapkan aje mereka ini. Laju & banyak makan. Ops, lebih banyak makan. Ehehehe..




 Peacee!!




 Aisyah memang saja bagi mama je kan senyum?

 



 Beriya memanggil abah & abang-abang. Agaknya nak cakap jangan main jauh-jauh, bendera merah tu.. bahaya!




 

 Ingatkan geli dengan pasir, rupanya sakan.. muka kena pasir pun dia tak kisah.



 Ape la tu si abang nak sakat adik.


 Ni sorang lagi tak nak balik.




 Cantik sini.. tapi tengok lah ombak dia. Ni ok lagi ni..





Sebelum balik, abiskan semua buah-buah dulu. Dah penat, balik rumah terus tidur. Actually dalam kereta pun dah tidur. Bab tu mama paling suka! hahahah!
 


Dua nikmat yang banyak manusia merugi..

$
0
0



Fazi baru je kehilangan sahabat lama, housemate masa belajar dulu. Arwah sakit cancer serviks. Arwah selalu demam, tapi ingatkan demam biasa. Hinggalah bulan November 2015 pergi check, arwah disahkan cancer serviks tahap 4. Tak lama tu terus ICU selama 2 bulan & arwah meninggal beberapa minggu lepas. 

Manusia selalu pening bab rezeki pasal duit tak cukup, anak nakal, kerja sangat stressful, tak jumpa jodoh atau tersalah jodoh. Tanpa kita sedar sebenarnya nikmat rezeki terbesar Allah SWT bagi pada kita ialah kesihatan & waktu terluang. 

Sebenarnya, bila kita jaga dua perkara ini, insyaAllah semua benda yang dirungutkan tentang duit, anak, kerja, jodoh selesai.

Semoga kita sentiasa hargai nikmat-nikmat rezeki yang kita ada. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi sebab bila sentiasa bersyukur Allah tambah lagi. 

10 cara tidur Rasulullah

$
0
0
Bila sampai di rumah penat seharian di luar, tidur tu terasa nikmat lah sangat kan?

Ya.. tidur tu memang nikmat yang Allah bagi. Allah berfirman "Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur."

Pernah bila tak boleh tidur rasa stress sangat? Dan pernah tak lepas bangun tidur, masih lagi tak puas tidur & rasa letih? Macam tu pun stress kan? Tapiii ada jugak yang terlajak tidur pastu stress sebab terlambat..! Hahahha! tak dapek la den nak nolongg.. 

Fazi ada terbaca di satu buku, cara nak bersyukur nikmat tidur. Tidur pun nak kena dalam keadaan yang baik sebab tu sunnah Rasulullah. Ada 10 cara tidur cara Rasulullah SAW:-

1. Berwudhu ketika nak tidur
 
2. Membaca doa akan tidur


3. Membaca surat surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas

Aisyah ra. berkata:
 “Bila Rasulullah Muhammad saw berbaring di tempat tidurnya, beliau kumpulkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. 
Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Beliau mulai dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At Tarmidzi)

 4. Mengiring ke sebelah kanan
Dari segi cara dan posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.




Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden
Al-Bara’ bin ‘Azib ra. berkata: 
“Sesungguhnya Rasulullah Muhammad saw bila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan

6. Tidurlah di awal malam

“Beliau saw tidur di awal malam dan menghidupkan akhir malam.” (Mutafaq ’Alaih)

“Bahwasanya Rasulullah Muhammad saw membenci tidur malam sebelum (sholat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” (Hadist Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235))
 
7. Tidak tidur dengan posisi menyarap

“Sesungguhnya (posisi tidur menyarap itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Dawud dengan sanad yang sohih)

Tidur secara menelungkup pula tidak bagus untuk pernafasan. Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.

Ni kajian personaliti yang orang putih buat. Nampaknya pun tak berapa bagus jugak kan?



8. Berdoa ketika bangun tidur


9. Mengusap Bekas tidur

“Maka bangunlah Rasulullah Muhammad saw dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya” (HR. Muslim No. 763 (182)



10. Beristinsyaq, beristintsaar dan bersiwak ketika bangun tidur



No wonder Rasulullah sangat menggalakkan kita beristinsyaq & intintsar, kan?



Orang selalu mensia-siakan waktu tidur kan? Tengok tv sampai lewat malam, chatting, layan whatsapp, tengok ig shop.. sebab tak sedar yang tidur itu nikmat besar Allah bagi.

Jom kita tidur awal malam ni! :)

Love,
Fazi
 

Sembuh semasa tidur: Bio Velocity Sleep Mate

$
0
0
Siapa yang follow blog Fazi & FB dari dulu, memang rasanya dah tahu Fazi & suami travel ke sana siniboleh dikatakan setiap minggu & dalam seminggu pun selalu keluar appointments. 
Selalu tanya, "Tak penat ke korang?". :)
 Honestly Fazi memang bukan jenis makan supplement, bukan tak suka, tapi selalu terlupa. Sebab tu Fazi tak promote Maharani, BB Plus Collagen. Bukan sebab tak bagus, tapi nak dapat kesan macam mana kalau tak konsisten makan. So macam mana nak share dari hati kalau diri sendiri tak merasai, kan?Tapi garlic tablet memang makan. Sebab ada di meja. Memang best sangat sangat Garlic Tablet. Tapi hari ni bukan nak cerita Garlic Tablet.



KITA TERDEDAH DENGAN RADIASI SETIAP HARI!
Zaman sekarang ni, kita banyak sangat terdedah dengan radiasi. Walaupun tak kuat, tapi setiap hari kita tidur dengan handphone, komputer, segala lah. Itu belum lagi orang yang memang bekerja yang terdedah dengan radiasi tinggi.
 
   
 Sebenarnya terdapat sejenis radiasi yang boleh merbahayakan manusia jika terdedah kepadanya dalam tempoh yang amat lama dan keterlaluan. Radiasi yang dimaksudkan itu adalah radiasi paras rendah (low-level radiation) ataupun nama lainnya EMR (Electromagnetic Radiation).
 Semua peralatan elektrik yang digunakan di dalam rumah, mahupun di pejabat-pejabat, menyumbang kepada radiasi parah rendah yang semakin mengancam kesihatan pengguna-pengguna. Peralatan-peralatan elektrik dan telekomunikasi bersama-sama kabel penyambungnya menghasilkan medan gelombang electromagnet ataupun dikenali sebagai EMF (Electromagnetic Field) disebabkan oleh pengaliran arus elektrik.  
 
 
KESAN BURUK TERDEDAH RADIASI RENDAH
Satu pasukan petugas WHO dari semasa ke semasa mengemaskinikan maklumat dan mengikut laporan mutakhir yang dikeluarkan untuk projek itu pada tahun 2007, menunjukkan kesan-kesan radiasi EMR (radiasi rendah) boleh memudaratkan kesihatan.
Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), yang ditubuhkan di bawah naungan WHO dan Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Sinaran Bukan Pengion (ICNIRP) pada tahun 2003 mengkelaskan frekuensi paras rendah EMF sebagai Kumpulan 2B karcinogen kerana ia mampu menyebabkan barah.

Kesan-kesan serius radiasi ini adalah barah leukemia dalam kalangan kanak-kanak, kerosakan kepada sistem saraf, sistem kardiovaskular dan imunasi, penyakit Alzheimer, cataract, keletihan kronik dan banyak lagi.
*Source: http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/752-radiasi-paras-rendah-boleh-memudaratkan-kesihatan
 
 
BOLEH KE HILANGKAN KESAN RADIASI?
Walaupun radiasi ini tidak boleh dielakkan, namun pendedahan terhadapnya boleh dikurangkan. Para pengguna dinasihatkan supaya menutup dan mencabut keluar semua palam perkakasan elektrik apabila tidak digunakan. 
 Dapatkan rehat yang mencukupi, makan makanan yang berkhasiat dan bersenam secukupnya untuk mempertingkatkan lagi tahap imun badan untuk melawan kesan radiasi EMR.
 
 
Tapi..
 Ramai kah yang dapat rehat yang betul berkualiti?
Ramai kah yang boleh eat clean dengan gaya hidup yang serba sibuk? Fazi sangat harap kita semua dapat makan makanan yang sihat & berkhasiat. Terutama sekali anak-anak.
Ramai kah yang dapat bersenam?     
Fazi nak share cara paling mudah iaitu melalui TIDUR. Terapi semasa tidur. 
 Biarpun waktu tidur singkat tapi berkualiti. Maksudnya lepas bangun tidur badan terus rasa segar & bertenaga walaupun tidur tak lama. Lagipun dalam Islam kita memang tak digalakkan tidur terlalu lama sebab membuatkan badan kita lemah.
  Alhamdulillah, Allah bagi jalan pada Fazi & suami kekal cergas (pergi kerja, pergi appointments, tak ada bibik uruskan anak-anak & rumah). 
 Kami gunakan Bio Velocity Sleep Mate. 
 
 
APA TU BIO VELOCITY SLEEP MATE a.k.a BVSM? 
Dimudahkan cerita, tidur dengan menggunakan Bio Velocity Sleep Mate ialah boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan kita secara mudah dengan kuasa penyembuhan Bio Velocity Sleep Mate.
Satu produk yang sangat power, dah banyak bantu orang sihat semakin sihat, bantu orang kurang sihat menjadi sihat. Semua atas izin-Nya.
 
KEISTIMEWAAN BIO VELOCITY SLEEP MATE
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti 
 
   
  Allah yang Maha Penyembuh& tanggungjawab kita untuk usaha & doa dapat kesihatan yang baik.
So, tu lah dia rahsia Fazi sekeluarga yang tak berapa nak rahsia. Heheheh.. 
Kalau ada nak tanya info lanjut, nak tanya apa-apa, nak diskaun pun ADA
Boleh whatsapp/ SMS Fazi 012-7552800
 Love,
Fazi.. :) 

Testimoni Pengguna Bio Velocity Sleep Mate

$
0
0
Alhamdulillah ramai yang dapat feedback positif lepas gunakan Bio Velocity Sleep Mate.

Tapi jangan salah faham, BVSM ni bukan untuk orang sakit je, tapi semua orang boleh pakai. Konsepnya mencegah sebelum merawat

Haa.. konsep tu ingat ok? :)

Feedback dari customer rakan kongsi Fazi tentang Bio Velocity Sleep Mate. Mak customer ni ada masalah serpihan tulang baru kat tulang belakang dia. Doktor pakar tak boleh nak operate sebab mak dia masih boleh berjalan lagi. Alhamdulillah dah kurang sakit tulang belakang sebab kalau tak, asyik nak telan pil tahan sakit je.






Officemate Fazi bekas pesakit kanser lymphoma. Bukan akak di bawah ni. Setiap kali kemoterapi, dia memang akan tidur dengan BVSM sebagai selimut. Jadi kesan kemoterapi tu tak seteruk seperti orang lain. Alhamdulillah sekarang kawan Fazi sel kanser tak ada lagi. 




Fazi dengar sendiri ayah & nenek adik Steven ni bercerita, sampai bergenang air mata. Benda yang support kat kepala adik Steven tu sampai buatkan kepala adik Steven berlekuk. Adik Steven ni sebelum pakai BVSM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dah pun keluarkan kad OKU. 

Tapi nenek dia yang jumpa BVSM. Lepas dia tidur dengan BVSM, doktor terkejut tetiba kaki dia bergerak sebab selama ni, tak boleh bergerak! 



Lepas 2 minggu tidur dengan BVSM, adik Steven boleh berjalan macam biasa. Dan boleh bersekolah macam kanak-kanak lain. :)




Cerita adik Darwisy ni pun sedih. Mak ayah dia dah menangis kat atas pentas. Fazi & kawan-kawan pun sama. Yelah, mana tak hiba, kitorang pun ada anak-anak yang lebih kurang sebaya umur adik Darwisy. 




Haa.. pakcik ni, ayah mentua kepada kawan baik Fazi, CDM Adibah. Anaknya, Dr Hasbi. Satu pagi terkejut terima call. Awal-awal pagi terima call mesti la cuak kan? Macam ada sesuatu je yang terjadi. Rupanya pakcik Harun call anaknya Dr Hasbi. Terus tanya "kenapa tak bagi benda alah (BVSM) tu awal-awal?". Anaknya pelik, "Kenapa ayah?". Pakcik Harun terus cakap "Ayah dah boleh jalan!". Boleh jalan sampai depan rumah.

Terkejut yang amatlah si anak (Dr Hasbi) sebab si ayah dah 1 tahun tak berjalan! Dok atas kerusi roda je. Nikahkan orang pun naik kerusi roda. Siap masuk paper, tukang nikah naik kerusi roda. 

Orang femes pun guna Bio Velocity Sleep Mate! 






Dan ramai lagi.


Macam Fazi cakap sebelum ni, BVSM ni bukan untuk orang sakit je, tapi semua orang boleh pakai. Konsepnya mencegah sebelum merawat



Untuk info, boleh whatsapp/ SMS Fazi 012-7552800.

:)

Love,
Fazi..

Cantiknya Anzalna Kahwin

$
0
0
  
"Elegance is not being noticed, it's about being remembered"

Tapi Anzalna punya wedding memang semua orang noticed & will be remembered.

She's one of my favourite actress sebab natural beauty & ala-ala gedik dia tu. hehehe... tah la nape daku suka. But I find her cute though.

Seronok tengok wedding dress dia, sopan & lain dari yang biasa. 










Resipi Double Chocolate Bread Pudding, Homemade Chicken Burgers & Homemade Chicken Nuggets

$
0
0
Nak kata terer masak tu, tak la kann.. tapi Fazi cuba lah yang terbaik. Lagipun dah warning kat anak-anak Fazi, "bab makan jangan cerewet. Mama abah tak pernah cerewet bab makan. Makan ape je mama sediakan." 

Terangguk-angguk kepala 3A. Ekekeke..

Sejak anak sulung darjah 1, Fazi dah mulakan bawa bekal. Terima kasih pada member FB, Mastura Helmi. Memang sumber inspirasi. Zillion of thanks, Mas! 

Hari ni gatai nak share resipi simple tapi fun nak buat. Semua gara-gara channel 727 abis semua rasa nak makan, maka semua pun terpaksa buat sendiri. Heheheh



Double Chocolate Bread Pudding

Fresh milk atau low fat milk untuk lebih sihat. Hehehe
Chocolate syrup apa brand pun boleh
Raisins
Telur 1 biji
Roti boleh pakai roti biasa. Tapi Fazi pakai croissant lagi sedap. 
Gula secukup rasa


Fresh milk + Chocolate Syrup + Telur + Gula
*bab sukatan jangan ditanya, sebab main agak-agak saja. Nak senang cita, ikut citarasa warna coklat tu nak jadi pekat atau cair. Aci tak tips tu? Hehehe..



 Masukkan croissant atau roti yang dicarik-carik dalam bowl & rendamkan sepenuhnya dalam bowl yang ada mixture di atas. Lepas tu tabur chocolate chip & raisins.

Then bakar 180 degree dalam 20 minit. But honestly, Fazi pun agak-agak. Sebab selalu terlupa tengok jam. Hehehehe..

Lupa la nak snap gambar hasil..



Ok next recipe!

Homemade Nugget 
Crispy outside, juicy inside!

Ayam cincang
Telur sebiji (ada orang guna putih telur saja, tapi Fazi masukkan aje.. Hehehe)
Sebiji pear potong dadu (baru rasa crunchy. Nak ganti dengan bawang pun boleh)
Daun ketumbar (untuk bau wangi tak bau ayam kuat sangat)
Serbuk Paprika* 
Garam
Serbuk blackpepper*
Bread crumbs
 
* - kalau tak ada, pakai jer apa yang ada kat dapur. ada yang guna rempah kari ayam juga. Cooking without a recipe, kata Chef Micheal! 


Campurkan semua bahan & bentukkan macam bentuk nugget. Nak celup dengan telur then salut dengan bread crumbs dulu pun boleh. Macam Fazi malam tu dah ngantuk, so salut telur & bread crumbs masa nak goreng. Mana-mana pun boleh.

Cuma, bekukan dulu sebelum goreng supaya bentuk dia kekal. Untuk simpan beku, setiap lapisan sebelum letak nugget seterusnya, letak plastik supaya mudah nak asingkan masa nak menggoreng.

TIPS! 
Masa nak bentukkan adunan ayam tu kalau tak nak ayam tu melekat banyak sangat di tangan, celupkan tangan dengan air sejuk biasa. Bukan air dari peti sejuk.



Ini bekal anak-anakku. Fazi memang tak sempat nak deco deco. 
Tak pandai pun ye. Setakat cucuk-cucuk je la.. heheheh.. 

Next recipe!

Homemade Chicken Patties

Sama je dengan resipi nugget ayam, tapi tak ada bread crumbs. Tapi Fazi bagi juga supaya mudah tak payah nak scroll di atas.

Ayam cincang
Telur sebiji (ada orang guna putih telur saja, tapi Fazi masukkan aje.. Hehehe)
Sebiji pear potong dadu (baru rasa crunchy. Nak ganti dengan bawang pun boleh)
Daun ketumbar (untuk bau wangi tak bau ayam kuat sangat)
Serbuk Paprika* 
Garam
Serbuk blackpepper*

* - kalau tak ada, pakai jer apa yang ada kat dapur. ada yang guna rempah kari ayam juga. Cooking without a recipe, kata Chef Micheal! 


Ni Fazi dah susun lapisan demi lapisan. So tinggal angkat je plastik tu. Senang tak melekat.

Kalau nak terus bakar pun boleh.


Haaa.. resipi bawah ni garnish kepada Homemade Chicken Burger.

Ni semua gara-gara tengok AFC la ni! 


Caramalized Onion

Bawang Holland 
Black pepper
Sikit garam
Air 
Kalau suka boleh letak sikit cuka, tapi Fazi tak suka. So tak letak.
Unsalted butter


Cairkan unsalted butter dalam skillet. 
Masukkan bawang yang dipotong baji. Sederhana tebal. Nipis sangat tak terasa manis bawang. Kalau tebal sangat nanti lambat nak caramalized. So sedang sedang aje ok?

Masukkan sikit garam.
Kacau sampai jadi macam di bawah. Memang lama sikit prosesnya. Api sederhana.
Tapi Fazi tak sabau, jadi api kuat. kena keep on stirring. 
Takpe ada macam warna coklat-coklat macam kesan nak terhangit (belum hangit lagi) sebab itu yang buatkan warna bawang tu coklat-coklat sikit. Teruskan masukkan air lepas tu kacau, masukkan air lepas tu kacau sehingga bawang betul-betul layu & macam gambar di bawah.





Fazi guna skillet juga untuk bakar chicken patties ni. Kalau nak pakai oven pun boleh.

TIPS!
JANGAN, JANGAN, JANGAN 
tekan daging burger macam abam jual burger supaya jus ayam tu kekal. Baru lah juicy, lembut tak keras.

Nak bakar ayam tak perlu pakai minyak butter tapi kalau suka boleh aje.. Kita yang buat dia kan..

Masa bakar chicken patties tu, Fazi letak juga sekeping cheddar cheese kat atas patties. Saja suka tengok cheese cair. Nak letak cheese kat roti pun boleh. :)


Maka itu lah hasilnya! Tinggiiii burger. Puas hati makan. 

Ok, selamat mencuba! :)

Love,
Fazi..

Bio Seleza: Kalau tak ambil tahu sekarang, bila lagi?

$
0
0

Alhamdulillah, Fazi syukur sangat dapat kenal Bio Seleza. Selama ni, Fazi memang tak pernah ambil pusing pasal pad. 
Yelah, sebab pakai & buang. As long as tak bocor, dah lah.

Tapi bila tahu pad dibuat dari kertas recycle, Fazi memang terus tak nak lagi pakai pad yang Fazi pakai selama ni. 



Ada banyak kelebihan Bio Seleza. 
Boleh click link ni ---> BIO SELEZA


Memang ketara sangat perbezaan Bio Seleza dengan pad jenama biasa. Bila rasa permukaan Bio Seleza, memang lembut. Pada biasa ada yang permukaannya plastik atau kertas.



FREE DEMONSTRATION

Ada orang mungkin akan terfikir "boleh la cakap, sebab tulis jer. Kalau tulis semua orang boleh buat."

Ok, Fazi & team sebenarnya memang ada buat demonstrasi PERCUMA dengan niat berkongsi kebaikan & kelebihan Bio Seleza. Memang dari dulu lagi konsep business kami "Sharing is Caring". So beli atau tak, join business atau tak, jatuh perkara nombor 2. 


Boleh appointment di mana-mana insyaAllah utara selatan timur barat, team Fazi sedia membantu.










Haa ni salah satu daripada keistimewaan Bio Seleza. CONFIRM KERING! 

Benda paling rimas & tak menyelesakan bila period atau keputihan datang ialah rasa macam pakai seluar basah atau kasut basah. Memang boleh jadi serba tak kena nak buat kerja pada hari tu kan?

Dengan Bio Seleza, insyaAllah tak da la macam tu.

Tengok partner Fazi, Atie tengah posing dengan gelas terbalik, gel Bio Seleza serap semua air dalam gelas & tak menitik satu air pun. Dan jangan risau, gel tu MESRA ALAM. Senang terurai. Kalau digosok dengan tangan, gel tu hancur tak ada langsung.




Ni antara feedback customers tentang Bio Seleza. 

Customer ni dari Brunei. Dia sendiri yang share testimonial dia tanpa ditanya. Alhamdulillah, semoga terus tak ada lagi masalah dia lepas ni.





Nak tengok kebenaran Bio Seleza? (baca dalam nada bunyi Papazola Boboiboy hehehe)

Boleh whatsapp Fazi atau taip #SmartSynergyLeaders di Facebook atau di Instagram 

Boleh contact mana-mana agents yang berhampiran & boleh juga tanya macam mana nak income extra extra extraaa. :)



Love,
Fazi

Viewing all 117 articles
Browse latest View live