Quantcast
Channel: Premium Beautiful Bio Seleza Johor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Ameer Luqman & Gold Coast..

$
0
0

Biasanya setiap tahun Fazi berpeluang pergi melancong 2 kali dengan syarikat. Tapi tahun 2014 nampak gayanya Fazi berehat jelah.. Heheheh.. Bulan 9 ni sepatutnya ke Shanghai, tapi Fazi dah bersalin, maka dengan itu, tak boleh la ke Shanghai. Takpe lah.. lain kali masih ada.. insyaAllah

Awal tahun ni, kalau tak silap Mac kut sepatutnya Fazi & husband ke Gold Coast, Australia. 

Seperti biasa, malam sebelum tu baru kami bertolak dari Bandar Penawar ke Shah Alam sebab flight petang. Sehari sebelum, pergi ke birthday party anak officemate. Ameer Luqman, anak Fazi yang kedua makan gelojoh sangat malam tu. Malamnya tidur, tiba-tiba dia bangun meraung sakit. Suruh pergi toilet, tak ada apa-apa keluar. Siangnya pergi ke klinik, doktor kata gastrik. Pelik juga Fazi sebab makan cukup je anak ni. Dipendekkan cerita, sampai di Shah Alam, pergi sekali lagi ke klinik, doktor terus sahkan apendiks. Dan dia terus tulis surat pergi ke hospital immediately. Terkejut lah kami husband & wife. Terus pergi ke hospital, doktor terus jadualkan esok pagi mesti operate. 

Terus kami call tour guide, kami tak dapat nak pergi ke Gold Coast sebab anak tak sihat. 

 Malam pertama di hospital, kesian Ameer Luqman.. menahan sakit.. kalau mama boleh tanggung, mama amik rasa sakit Ameer..


 Senyum juga, tak nak bagi mama & abah susah hati kut.. Rasa sedih sangat bila tengok anak aktif, sakit baring je. Itu baru je apendiks. Macam mana la perasaan parents yang ada anak sakit kronik. Semoga mereka sentiasa tabah..


 Lepas operation. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Risau juga kalau Luqman meronta masa diberi sedatif tapi semua ok.
Doktor sebut ultraman, suka la dia.. ehehehhe..


 Si abang seronok betul dapat jumpa adik. Baring berbantalkan lengan abang. Sampai si abang sedih tak nak balik.


 Kasih abah..

Paling mencabar ialah selepas operation. Doktor tak bagi Luqman makan & minum sehingga perut dia ready. Bayangkan la 36 jam terpaksa dia menahan lapar & dahaga.. Dah la dia jenis kuat makan. Kami makan pun terpaksa sorok-sorok. Bila iklan kat tv keluar iklan KFC, Pizza Hut tu pun dia sibuk dah nak. 

Ada la juga bagi dia air sikit-sikit je dalam 3oz.. tapi akibatnyaaa.. dia sakit perut yang amat sangat.

Haaa.. muka ni ialah muka dah dapat makan, dapat minum sakit perut pun tak ada. 
ALHAMDULILLAH.. 

 Begitu lah ceritanya.. 

Tak dapat pergi ke Gold Coast.. tak apa.. tak ada sesalan, tak ada terkilan.. sikit pun tak ada.

Malah, Fazi & husband bersyukur sangat yang Ameer Luqman sakit sebelum kami bertolak. Fazi tak dapat bayangkan apa perasaan Luqman bila kami tak ada disisi dia sepanjang sakit. Dan yang pastinya Fazi & husband pun takkan rasa happy di Gold Coast.

Ada satu lagi yang buatkan kami terperanjat. Setiap kali pergi melancong, akan ada insurans khas akan cover kami semua sepanjang perjalanan sampai kami selesai bercuti. 

Kalau diikutkan bukan kami suami isteri yang sakit, tapi insurans berikan pampasan pada kami berdua. In other way, kami tak ada rugi apa-apa pun tak pergi ke Gold Coast.  Memang kami tak ada harapkan apa-apa, sikit pun tak ada. Syukur alhamdulillah.

Betul lah... kita (parents) sebenarnya banyak menumpang rezeki anak-anak.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Trending Articles