Sebenarnya Kejayaan itu subjektif. Fazi terpanggil nak kongsikan tentang kejayaan ni setelah beberapa hari Fazi come across dengan perkara ni.
Sebelum mulakan kelas, seperti biasa Fazi memang akan mulakan set induksi. Borak-borak dengan students, bila ditanya apa future planning mereka, jawapannya ini:
1. Saya nak jadi wedding planner.
2. Saya nak jadi businessman yang berjaya (ramai yang nak ada business sendiri, Fazi tumpang gembira dengan hajat diorang)
3. Saya nak sambung degree, dapat kerja bagus supaya dapat gaji besar.
4. Saya nak jadi Accounting Manager & dalam masa yang sama, saya nak ada business sendiri.
Based on what they have told me, sememangnya mereka inginkan gaji besar, income besar & tak lupa juga mungkin ingin lebih dihormati.
Tak ada sesiapa dalam dunia ni tak nak berjaya, betul kan?
Kalau masa di sekolah, bila ditanya, apa aim awak?
Jawapan : Saya nak cemerlang dalam SPM nanti. Senang nak masuk mana-mana IPTA. Kalau tak nanti, takut tak dapat pilihan yang dah dipilih.
Adik Nik Nur Madihah dari Terengganu, seorang anak nelayan, dapat 19 A1 & 1 A2 dalam SPM. Kalau bulan depan SPM, hari ini baru nak start belajar untuk exam SPM, boleh dapat result cemerlang tak?
Kalau adik Nik Nur Madihah jadikan alasan kemiskinan (alasan yang logik) untuk tak dapat capai kecemerlangan, mesti adik ni tak dapat 20A kan?
Kalau ditanya kepada atlit-atlit. Apa sasaran anda?
Jawapan : Saya berimpian nak sasarkan 3 pingat emas dalam 4 acara yang saya ambil. (jarang sekali kita dengar, at least dapat masuk top 5 pun jadi).
Cuba tengok muka budak kecil tu betul-betul. Kenal tak siapa tu? Itu Dato Nicole Ann David. Bermain, training squash dari kecil. Berusaha gigih dari awal, memang hasilnya seantero dunia dapat lihat.
Kalau masa menuntut di peringkat lebih tinggi, tak kiralah pusat-pusat latihan seperti IKBN, Kolej Komuniti, Politeknik, institusi swasta, Diploma, Degree, Master ataupun PHd, bila ditanya apa aim awak?
Jawapan: Saya nak dapat 4 flat atau sekurang-kurangnya grad dengan first class. Supaya nanti senang dapat kerja & gaji tinggi.
Atau
Jawapan: Lepas habis belajar ni, nak sambung master & lepas tu Phd.
Atau
Segala macam matlamat nak dicapai.. Betul?

Phd jokes.. ehehehe..
Mungkin ada juga orang yang jenis, tak kisah biasa-biasa janji ada kelulusan, tak perlu ada impian besar.
Tapi sebenarnya ikut kajian, memang manusia ada keinginan untuk berjaya (pada asalnya), tapi berubah bila ada satu sikap "tak sanggup" atau "cepat mengalah", yang akan mengubah niat asal berjaya kepada biasa-biasa.
Satu lagi, setiap orang ada keinginan nak capai kejayaan dalam aspek yang berbeza. Tak semestinya semua orang sama.
Sebagai contoh. Seorang wanita bekerja sepenuh masa, yang memang tak ada cita-cita nak berpangkat besar, tapi dia mahu jadi ibu & isteri yang terbaik untuk anak-anaknya. Itu pun kejayaan juga kan? Nak jadi ibu & isteri yang baik, mencabar sebab membesarkan anak-anak di zaman moden, BUKANNYA MUDAH.
Even di pejabat Fazi, semua yang apply kenaikan pangkat DH 44 pun, berhabis-habis buat. Research, innovation abis semua pun buat. Abis semua program nak turut serta, sebab nak jadi the best supaya boleh dapat naik DH44. Siapa kata makan gaji senang nak naik pangkat? Ada kuota & persaingan sengit..!
Jadi secara ringkasnya, kejayaan itu ialah apabila kita berjaya dapat apa yang kita mahukan, apa yang kita impikan.
Tapi ramai diantara kita tak sedar apa yang diperlukan untuk dapat kejayaan. Ramai orang nak berjaya, tapi tak sanggup nak lalui liku-liku kejayaan.
Kena upgrade diri kita from time to time. Kalau kita tetap disitu, susah kita nak jadi lebih maju, susah kita nak pergi lebih jauh.
Fazi bagi contoh lagi ya..
Contohnya,nak dapat PHd.
Perkara ni memang sinonim dengan Fazi sebab dulu nakkkk sangat ada title ni di hadapan nama Fazi. Prof. Madya Dr. Nur Faziha bt Mohamad Pauzi. Wahhh.. dengar pun best, baca pun best, feeling lagi la best. :D
Fazi berpeluang berbual dengan seorang pensyarah dari UTM, Dr A. Beliau adalah seorang Ketua Jabatan di Fakulti Bahasa di UTM. Perjalanan beliau untuk dapatkan Phd memang mencabar.
Bayangkan, seorang diri, membesarkan 4 orang anak di Australia tanpa suami disisi sebab suami bekerja di Malaysia. Hidup beliau hanyalah solat, Al-Quran, tesis & anak-anak. Tidur tu perkara yang keberapa tah katanya. Berat badan dari 80kg sampai jadi slim.
Dapat tertidur di depan pc pun dah cukup baik sangat. Bila siap tesis hantar untuk disemak, kena marah teruk, pulang balik (itu perkara normal, katanya nak berjaya..), buat semula. Dr A ni kata, peneman dia hanyalah solat sunat Tahajud & Dhuha. Dan dalam minda Dr A ni hanyalah "Aku mesti dapat Phd. Aku mesti grad on time.". Alhamdulillah, beliau grad on time. She was 40 that time. Last master umur 30 tahun. Betapa gigihnya Dr A, faktor usia bukan penghalang.
Dr A beri nasihat kepada kami. "Apa-apa pun you nak buat, perkara pertama yang you kena buat ialah pastikan minda you PENUH dengan perkara positif. Dalam minda kena selalu cakap, mesti dapat, mesti dapat, mesti dapat. Keduanya, jadikan solat tahajud & dhuha tu teman you all. Saya ada itu saja..".
Fazi kagum. Memang salute.
Sebenarnya, berjaya dalam business, berjaya dalam pendidikan, berjaya jadi tukang masak terkenal, berjaya dalam kerjaya masing-masing, berjaya dalam penyusuan susu ibu, berjaya jadi jaguh sukan Malaysia atau antarabangsa, konsepnya SAMA.
1) Mesti ada MATLAMAT.
Hala tuju yang jelas, terang lagi nyata.
Matlamat ini ibarat kompas. Kalau tak ada matlamat, alamatnya, meraban orang tua-tua kata.
2) Minda yang POSITIF.
Minda yang positif akan membawa sikap yang positif. Tak susah nak positifkan minda. Fazi share sikit macam mana Fazi buat. Fazi hanya ingatkan anak-anak. Fazi nak anak-anak Fazi ada sikap yang positif, jadi yang pertama sekali kena positif, ialah IBU MEREKA.
Tips kedua, dekatkan diri dengan perkara yang positif, kawan-kawan yang positif, dapatkan sumber bacaan yang positif (jangan baca ruangan gosip jer.. hehehe)
Tips ketiga, stop saying, "I can't", "Dia boleh lah sebab .... (seribu macam sebab)". Lama-lama diri kita akan masuk hantu nama dia I CAN'T. Masa tu jangan salahkan orang lain hantu tu masuk dalam badan kita, sebab kita yang izinkan hantu tu masuk & kuasai diri kita.
3) Penuhkan diri dengan ILMU.
Knowledge is POWER & it's a lifetime process. Fazi masih ingat, pengalaman pertama menyusukan anak sepenuhnya, memang SANGAT SUKAR. Tapi Fazi tahu, Fazi kena ada ilmu. Pergi cari. Pergi ikuti kursus-kursus. Pegi beli buku-buku & baca info dari internet.
Fazi background business? No. Fazi dari bidang Civil Engineering. Tapi macam mana boleh berjaya..? Sebab ada ILMU. Ilmu yang memang sentiasa diberikan kepada semua PBpreneur. And it's priceless..!
4) Percaya pada diri sendiri.
Tolak ke tepi apa orang lain nak kata. Sebab orang lain yang suka jatuhkan orang, akan jadi orang pertama terkinja-kinja bila kita gagal. Sebab dia berjaya hasut minda kita untuk jatuh. Orang macam ni, RAMAI ada diluar. Pencuri impian kita.
Pekakkan telinga je.. Ignorance is bliss..
Tak percaya..?
Ibu-ibu yang berhajat menyusukan anak selama 2 tahun, tapi ramai yang ada kongsikan cerita sedih, "Makcik saya kata, tak payah lah bagi susu badan. Menyusahkan ko nak kerja nanti.". Ataupun, "Susu ko tak banyakkk.. ko tengok anak ko tak puas (padahal baby baru lahir perut hanya sebesar guli). Dan ibu-ibu yang tiada sokongan, memang akan TEWAS.
And the story goesssss on. Banyak cerita-cerita yang menjatuhkan orang ni. Tapi Fazi tak kuasa nak dengar.
Dato Siti Nurhaliza, dulu anak kampung, jual kuih untuk bantu keluarga. Tapi sekarang, mampu ubah nasib keluarga. Kalau Dato Siti Nurhaliza terlalu ambil kisah apa orang kata tentangnya, tak adalah beliau sekarang.
p/s: Fazi bukan big fan DCT.. Tapi kagum dengan azam beliau.. ;)
Enjoy saja, senyum selalu.. Dalam apa situasi sekalipun, fikirkan yang menyeronokkan. Dan tawakal selepas kita berusaha habis-habisan.
Selagi bergelar manusia, cabaran tetap ada. Tetap datang. We will make mistakes, but never ever quit.
Trust me, bila kita berjaya dapat apa yang kita impikan, kita rasa seperti dunia ni kita yang punya..!
Give your very best..
Haaa.. panjangkan..? :)
Apapun, Fazi harap semua dapat faham apa yang Fazi cuba sampaikan. Fazi berkongsi apa yang Fazi buat selama ni.. :)
Dibelakang setiap kejayaan seseorang, ada kisah disebaliknya. Contohilah.. yang mana yang baik, ikut. Yang tak baik, jadikan sempadan.
Last but now least..

Kita tak tahu masa hadapan kita macam mana.. Apa yang kita boleh buat ialah sekarang ni kita berubah demi masa depan kita. Apa yang sedang dilakukan, itu yang cerminkan future kita..
Love,
Fazi..