Quantcast
Channel: Premium Beautiful Bio Seleza Johor
Viewing all 117 articles
Browse latest View live

Lenguhnya tangan: Sindrom Carpal Tunnel

$
0
0

Pernah rasa kebas di ibu jari sehingga jari manis?
Rasa sakit otot dibahagian jari?
Rasa jari lenguh, genggaman tak berapa kuat?
You all urut, sapu minyak panas tapi lega hanya sementara & rasa tidak selesa itu datang semula?

Kalau ada, jangan dipandang ringan sebab ada kemungkinan mengalami Sindrom Carpal Tunnel.



Ok, what is Carpal Tunnel Syndrome?

Sindrom Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit. 


Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. 


Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.
 -Utusan Malaysia-

 


Siapa yang berisiko?

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang-ulang dan dengan kuat.
 -Utusan Malaysia-


Bagaimana nak mengelakkannya?

Biasakan diri untuk berhenti seketika tugasan kita seperti menaip, menjahit manik atau apa-apa saja tugas dan 'longgarkan' otot lengan. Buat stretching sikit.



Pastikan juga kena peka dengan perkara di bawah ini:











Last but not least..

Kalau tak kurang juga rasa sakit (itu dah sampai tahap kronik), tak ada cara lain melainkan ini..


 Dan kemungkinan untuk pulih seperti sediakala 50-50. Masa ni nak pegang anak pun dah susah.

Jadi, yang mana satu pilihan kita? 

Jom kita cegah sebelum terlambat..

p/s: The picture above is real.

Close to Mothers..

$
0
0

Fazi suka dengan tema Minggu Penyusuan Susu Ibu 2013.. 

"Close to Mothers"

Secara peribadi, memang Fazi rasakan apabila seseorang ibu menyusukan anak dengan susunya ada sokongan dari orang sekelilingnya terutama sekali dari suami & ibu (ibu mentua juga ibu), proses penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama, insyaAllah boleh dicapai dengan mudah.

Banyak cabaran bila sampai bab menyusukan anak ni.. Malas, nipple luka, minda cepat down, susu belum banyak (bukan susu tak banyak) dan segala macam lagi. Just name it, ada banyakkkk sangat sebab untuk berputus asa menyusukan anak.

Tapi semua tu dapat diatasi dengan mudah bila kita ada ilmu & juga dapat sokongan padu dari orang sekeliling. Kalau ada kekuatan dalaman dari diri sendiri, memang hebat.


 Bukan dadih perisa strawberry & dadih perisa vanilla ye.. 
Heheheh..
Yang warna pink tu, susu bercampur darah. Nipple tak luka. Tapi ductus yang luka. Akibat daripada bila pam gunakan level yang paling kuat. 
Itu lah yang terjadi bila ilmu tak ada.
Jadi macam ni, Fazi terus call Kak Rita Rahayu. Kak Rita kata solution untuk elokkan luka di dalam tu, rendamkan nipple dengan air garam. 
Alhamdulillah baik.



Fazi lepas bersalin anak sulung, Fazi tak ada kekuatan dalaman.. Ala-ala ajee.. lembik, hari-hari menangis masa dalam pantang untuk 2 minggu pertama, semua sebab penyusuan susu ibu. Sampai mama Fazi risau, takut Fazi meroyan.

Masa tu tak tahu pun pasal kumpulan sokongan, susuibu.com pun tak tahu. Selain daripada husband & mama, Mak Cu Fazi sentiasa bagi maklumat macam mana nak menjayakan penyusuan susu ibu. Mak Cu Fazi memang berjaya menyusukan 5 anak secara eksklusif & Mak Cu Fazi seorang manager di IRIS. Memang Mak Cu lah sumber inspirasi, Zizi..!

Tanpa sokongan yang padu, pasti perjalanan Fazi menyusukan anak jadi lebih mencabar.



  Beberapa tahun yang lalu.. Masa ni kursus penyusuan susu ibu di Sarakids, Shah Alam. Seronok bila berada di sekeliling dengan orang yang sama matlamat dengan kita.








Pada Fazi, kalau sekalipun kita tak pernah menyusukan anak, tapi kita ada kawan yang ada keinginan untuk menyusukan anak, jangan ditegah, jangan diperlekehkan. 

Kawan sejati, support. Bagi sokongan moral, "bagus kau nak susukan anak. Aku  tak pandai, aku tak boleh bagi jawapan, tapi aku boleh dengar cerita kau & aku suggest, kau contact lactation counselors."

Konsep Fazi senang jer, dalam nak buat atau nak sampaikan perkara yang bermanfaat, kalau tak dapat buat banyak, buat sikit pun jadilah.

So mothers, let's enjoy the journey.. Nanti bila anak dah wean off mula lah kita rindu saat-saat itu. :)

Selamat Menyambut Hari Penyusuan Susu Ibu..!




Sebelum pulang ke kampung halaman

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, dalam seronok tu, jangan sesekali melupakan perkara-perkara yang penting.

 You can make a difference..

Tak salah nak ingat-mengingatkan, manusiakan mudah lupa.. Fazi pun bila menulis entry ni, secara langsung akan ingat apa yang kena buat sebelum pulang ke kampung halaman..

Sebelum meninggalkan rumah:
1) Pastikan semua suis di tutup & plug telah dicabut
2) Yang mana ada simpan susu ibu, siapkan pelan kecemasan. Masa anak yang kedua, 50 EBM Fazi cair lebur sebab rumah trip. Fazi terlalu sedih sampaikan tak boleh nak keluar air mata..
3) Kosongkan bakul baju kotor. Kalau tak, balik raya nanti, berpinau mata tengok baju kotor menggunung. Heheheh.. Sama juga dengan pinggan mangkuk di sinki. 
4) Pergi ke balai polis berdekatan & isi borang khas yang mengatakan kita pulang ke kampung sehingga tarikh bila. Mereka akan buat rondaan. Di negeri Johor ni, banyak kes pecah rumah & rompak berlaku.
5) Sebelum keluar dari rumah, baca ayat Qursi. Petua mak Fazi, bila sampai ayat "Wala yaudhu hu..", bayangkan keliling rumah kita dari pintu masuk ke pintu masuk rumah. InsyaAllah, rumah terpelihara dalam jagaan Allah.

Kenderaan:
1) Servis kereta. Fazi dah menggunakan minyak hitam JTX1000 lebih setahun. Memang power. Kereta menjadi lebih ringan.


2) Pastikan tayar dalam keadaan yang baik.
3) Tayar spare pastikan berangin, bukan yang kempis ye.
4) Baca doa perjalanan sebelum memulakan perjalanan.


Diri Sendiri:
1) Rehat dengan cukup
2) Ambil supplemen yang boleh memberi tenaga berpanjangan. Husband Fazi memang pengguna Euryjack. Husband kata, badan memang tak letih & rasa energetic.



3) Kalau mengantuk, tidur sahaja. JANGAN PAKSA.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

$
0
0
Assalamualaikum wbt..

Dalam kerendahan hati, Fazi menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua sekiranya Fazi ada yang terasa hati, terkasar bahasa.. 


Fazi juga doakan semuanya selamat, sejahtera & bahagia dimana jua kawan-kawan berada..







Salam sayang, 
 ~ Fazi ~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Day 1 SavvyBees in Korea

$
0
0

Sampai sekarang pun mimpi macam di Korea lagi..

Mana taknya, dari dulu Fazi ni memang peminat cerita Korea terutama sekali yang kelakar. Cerita yang paling Fazi suka memang so far ialah Secret Garden & Running Man.



Korea memang well know tempat dia cantik. Bila tengok dari dalam tv, lagi la membuatkan Fazi excited sangat nak pergi ke Korea bersama-sama dengan SavvyBees yang lain.

 
The Departure: Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

16 Ogos 2013, 160 orang GLAMpreneur diterbangkan ke bumi Korea. Pada asalnya pakej kami ke Shanghai tapi disebabkan ada wabak merbahaya, tukar ke Korea. Alhamdulillah. Lompat bintang terus bila dapat tahu perkara tu..!
 

 Gwiyomi sangat.. :p


 Zurai & her protege, Siti yang first time melancong bersama-sama.. Congrats!


 2 orang direct protege Fazi yang berjaya ke Korea bersama-sama. Lya dari Shah Alam & Isma dari Kuching. 
Congrats love..!


 Hanie& her protege Atie juga first time melancong bersama Fazi.. Congrats..!


 Congrats Eka bawa 2 orang protege ke Korea..!
Bersama-sama Eka ialah Noreen& Nana.


 Noreen & husband, seronok bawa husband kan Noreen? Dah lama tak holiday berdua.. ^__^


 Bila tengok gambar ni balik, ada ke patut aku yang berpaut kat mak buyung sorang ni? Heheheh.. ampunn..


 Of course dengan boyfriend jugak la kan.. ;)

 
Us; the proud GLAMpreneur with the founder, CDM Hanis & CDM Raz.










The Arrival: Incheon International Airport, Seoul

Lepas lebih kurang 6 jam perjalanan, dan ada turbulence segala bagai tapi Fazi tetap lena tidur (dah memang spesis macam tu kan.. heheheh), alhamdulillah sampai kami disini. 

Anyeong..! Kami dari bas C3. 



Masa sampai tu kami ada masa nak freshen up tak rasa terkejar-kejar & Fazi pula ambil peluang nak pam susu.

Walaupun kami tak mandi, muka mesti tetap macam mandi, ok... Hahaha!!

Baby room yang sangat lah cantik. Siap penimbang. Hehehe.. Siap ada baby support untuk menyusu. Bersih pulak tu tak kotor pun.

Wuuhhuuu!! SavvyBees in Korea..!
Seronok sangat, riuh!


5 buses loaded with GLAMpreneurs..!

Tour guide kami nama Lucy, beritahu the best season in Korea is Autumn. Waktu kami pergi baru masuk autumn. Belum nampak banyak lagi daun gugur, tapi daun dah mula perang. Cantik sangat.


Lunch: Itaewon, Seoul.

Memang tak banyak makanan halal di Korea. Tapi di Itaewon ni memang ada restoran Pakistan, Arab yang sediakan makanan halal. So far dah melancong hampir 8 negara dengan syarikat, Fazi tak pernah risau dengan makanan halal. Memang tinggal nak makan saja.









Kami makan di Restoran Usmania, sedap nasi beriyani. Fazi rasa macam nak tambah-tambah. Tapi bila tengok kat luar restoran ada kedai roti yang menarik, tak boleh nak makan lambat-lambat.
:D


 Deco kedai pun cantik. Kecil je kedai ni, sebab tu geng bas yang lain tak boleh nak makan di sini. Tapi semuanya masih di kawasan yang sama.




Street photography katanya.. ;)



Amboi korang, mentang-mentang dah kenyang.. heheheh..


Shopping: Doota Mall, Dongdaemun.

Tour guide ni memang tak terus buang masa, bawa kitaorang shopping. Kami di bawa ke Doota Mall. Fazi suka Doota Mall ni sebab ada jual macam-macam benda pelik yang tak jumpa kat Malaysia. Fazi bila pergi melancong mesti nak cari peralatan dapur (walaupun tak la hebat pun, tapi nak jugak! :D). 


Setiap level diorang dah asingkan. Souvenir, baju kanak-kanak, baju wanita, lelaki, cadar semua dia asingkan. Cadar dia memang cantik. Embroideries dia, halus. Siapa suka memang kena beli kat sini. 

Fazi pulak, bila tengok baju anak-anak, lawa-lawanya! K-pop gitu.. hehehe.. Fazi ada 3 anak lelaki. You know lah, baju anak lelaki di Malaysia, checkered, belang-belang, plain. Warna pulak alahai.. tapi kat sini memang vibrant! Menyesal sangat ok tak borong banyak di sini sebab Fazi ingatkan ada ditempat lain.

Sesiapa yang nak melancong ke Seoul, boleh lah shopping di sini ya.


Fazi surrender nak berasak dalam kedai ni, sebab diserbu! Uhuhu




 Apelah agaknye cikgu Zurai kita ni cakapkan ye.. Heheh..


Haa.. ini ialah Korea South Gate. Zaman dulu kala, pintu ni ialah pintu terakhir bagi negara Korea. Seronok tengok sejarah puluh tahun dulu ada di depan mata. Kan seronok kalau Malaysia pun macam ni.


Hotel: Best Western Kukdo

Another best part is of course the hotel room. Tak cukup dengan king bed size ada pulak single bed. 




 Husband tengah enjoy pemandangan sekitar Seoul.

Haa.. paling tak tahan ni. Canggih betul. Advance! Suka betul Fazi ada toilet macam ni bila di luar negara. Kita kan dah biasa cuci pakai air. But this one is really high tech. 

Siap boleh laraskan suhu toilet bowl kalau rasa sejuk. Heheheh..

 *bila nak cuci, baca arahan di tepi dinding untuk elakkan kekeliruan. heheheh..


Gala Dinner

Lepas kami check in tanpa buang masa, kami bersiap-siap untuk ke Gala Dinner dimana semua "Excellent Achievers" diraikan & meraikan kejayaan bersama-sama supaya ada suntikan motivasi untuk terus berjaya.

Masa ni lah juga kami nak beramah-mesra dengan lebih-lebih lagi.
:D
 
Begitu fokus sekali Lya.. Hehehe..

 Ni baru 3 kumpulan penerbangan. Ada 2 lagi. Gala Dinner mereka terpaksa lain hari kerana mereka lewat sampai dari kami.



 Pergi Korea, mesti lah tengok K-Pop sekali. 
I really enjoyed the show.. :) 






Keluarga besar GLAM
:D 


 End of Day 1 SavvyBees in Seoul..

Ada lagi yang Fazi akan kongsikan.

Stay tuned..!

Great Journey Part 2 | Day 2 in London - Royal Albert Hall, Hyde Park & Shopping at Oxford Street

$
0
0

A picture speaks thousand words..

And I have tons..! 

Heheheh..

Royal Albert Hall














Dengan pintu pun nak bergambar.. heheh
 Yelah.. ni pintu kat London, tak ada kat Malaysia.. 
Boleh gitu? Heheheh..


Hyde Park

1 perkataan..
Cantikkkkkkkkkkk sangat..!
(Ops! That's two words already.. :p)

Dan sejuk..
(Well, that's three words.. hehehe)

 




 Zurai, I suka sangat tudung tu terbang-terbang macam tu, sebab tu I tak kira, I masukkan jugak gambar ni..

Ahahaha!!











 Lepas diacah-acah oleh seekor anjing yang besar sangat!






Shopping at Oxford Street

 Acara paling disukai ramai.. Heheh..

Fazi memang aim nak borong NARS makeup kat sini.
 



 Lunch at Al-Balad, Lebanese Cuisine.
Sedap ya ampun.. Sedap sangat..!  


 Mine, Chicken Briyani.. 

 Eat together with pickled chili, memang terangkat.... marvellous..!




 Perasan bold.. ehehehe..
Love the lipstick colour..



Best ever Trip so far..!

$
0
0
 
Hi semua..
 
Dah lebih seminggu Fazi & kawan-kawan balik dari London & Paris..
 
Bestnya, tak tau macam mana nak cakap. This the best trip so far. Macam-macam pengalaman dapat.
 
Let's have a look at the picture first ya..?
 
 

Seumur hidupku, ini lah pertama kali pakai seluar shocking pink..! Heheheh.. Dengan ibu mengandung pun pakai seluar pink, memang tersangatlah comel semuanya.. eheheh..


 
 
 
 
 
 
 

Congrats Zurai..! Kali ni pergi melancong berdua dengan husband & trip ni hadiah honeymoon for them.. Diorang ni pengantin baru.. :)



Congratulations Eka..! Selama ni pergi ke trip Asia & kali ni dengan usaha yang komited, Eka pergi ke Europe trip for the first time..
 

 
 
 
Setiap masa dimana saja mesti pam.. Medela freestyle ni memang tak boleh jauh dari Fazi.. mesti heret sana sini.. :)
 
 

Kenapa bang? Tak pecaya ker? Ehehehe..



Dengan Sha.. Kalau dah jumpa memang agak 'mereng' sikit.. ehehheh..


 
Sejuk tak tahu nak kata..! Menyesal tak pakai long john siap-siap..







Cantikkan..?
 
Victorian style houses..
 
Ok..
 
Sambung lagi..!
 
Mmuahh!
 

Great Journey Part 1 | Gatwick Airport - London Eye - Buckingham Palace

$
0
0
 
And the story of mine begin like this..
 
Bila landed saja di Gatwick Airport, keluar saja dari perut kapal terbang, sejuk mula terasa..!
 
Fazi pula jenis tak tahan sejuk..
 
 

Walaupun tak mandi, tapi muka mesti macam dah mandi.. eheheh..
 

 
Seronok bila dapat peluang bercuti berdua dengan husband..
 
He's the best companion..
 
On the way to London, mata tak berkelip.. Cantik sangat rumah-rumah diorang.. Sangat homey.. Macam-macam style ada.. Victorian ada, cottage ada.. but my favourite is Victoria style..
 






London Eye
 
Mula-mula sekali kami pergi ialah London Eye. Eye on Malaysia tak berkesempatan pergi. Hehehe..
 
Lokasi London Eye ni ialah di Sungai Thames & mempunyai ketinggian 135m. London Eye memang pusat tumpuan pelancong luar & tempatan. Dan yang menariknya, ada yang langsungkan perkahwinan di sini & bila tiba di puncak tertinggi, couple akan kiss & officially married.
 
Kalau tak silap Fazi, as far as I remember, London Eye ada 32 capsule yang mana ia merupakan simbolik kepada 32 daerah di London.
 


Macam dalam mimpi..! Sampai juga kami disini..!
All the hard work, it was all worth it..!
 

 
 "Fazi..! Betul ke kita dah sampai London ni?!!"
 
Eheheh..
 
Betul lah Eka..!

Sejuk sampai ke tulang..!
 
 

With our dearest mentor, Hanis Haizi..





 





 


 Second Europe trip Zuraida kali ni tak lagi seorang diri, kali ni honeymoon dengan husband pulak..! Congrats..!!


 "I love you baby, and if it's quite all right, I need you baby, to warm my lonely nights, I love you baby, trust in me when I say.."
 
Peminat kami ramai masa ni.. Ambil gambar, rekod video kami nyanyi & yang join menyanyi pun ramai.. memang happening sangat.. :)
 
 

London Eye, I'll be back with my family.. :)


 Zuraida & Baha..










Lunch time
 
Sedap makan dekat sini. Owner Melur Restaurant ni dari Johor. Bila sejuk memang cepat lapar & tambah pulak dapat makan nasi, memang Ya Allah nikmatnya.. Siap tambah-tambah, ratah lauk.





 Muka kekenyangan.. :D




Kemudian kami singgah di masjid untuk solat.. 
Dan Fazi ambil peluang nak pam susu..
 









Feeling-feeling student masa ni.. Hahaha!


 Di London, bila ada bantahan mereka akan berpiket secara aman. Tak ada huru-hara. Masa ni diorang bantah penggunaan kuasa nuklear.
 

 
 
Buckingham Palace
 
 


Ladies in GLAM..!

 Men in GLAM..!


Without Hanis guidance, most probably I won't be where I am today.


Thank you mentor..!




 Founder of #sajianlestari.. Heheh.. Hafiz Atan
 
Ecewah..!  


 Pose wajib, kot.. ahaha!!
 
 
 
 
Next, ke Westminster Abby..
 
Adoi masa ni.. sejuk sangat. Fazi tak pakai long john & Fazi tak sanggup nak tanggalkan glove. Sejuk yang amat..!
 
 
 Ini pose SEJUKKKK namanya.. Eheheh..



 
Jenis design ni kalau tak silap Fazi, Gothic Architectural Design
 
 

 The Big Ben..
 
Dulu tengok dari gambar saja, kali ni dapat tengok real.. :)


 Kesian Zurai masa ni tak sihat.. Tapi ni dah ok sikit.. :)

 
 


 
 
 
 
 
 
Later, kami ke Tower Bridge..
 
"London bridge is falling down, falling down..
London bridge is falling down, my fair lady.."
 
Dari kecil nyanyi lagu tu, tengok London Bridge dari gambar saja..
 
:)
 


 
 










Gambar ni, Fazi yang snap..
Hmm.. 
Ada bakat tangkap gambar tak?
Hahaha! Perasan!



 
Untuk dinner, kami dibawa ke Holiday Villa..
Turun dari bas, Ya Allah, sejuk sangat masa ni..
Fazi cakap pada bus driver, "It's freezing cold..!"
Bus driver cakap, "Smile..! It's summer..!"
Heheheh..
 
Masa ni juga kami diberitahu, weather forecast kata esok hari mungkin akan turun snow..!
 


Masuk je dalam Holiday Villa, ohhh leganya sebab dah tak sejuk lagi.. Hehehe.. Fazi ni memang takut sejuk..
 



Lega hati bila tengok Zurai ok dah masa ni.. Dah boleh makan dah..
 
Mesti la risau sebab nak partners enjoy juga..
 
Lepas makan kami dibawa ke hotel. Penat memang penat.. tapi rugi kalau tak ambil angin malam di London. Planning malam pertama di London, nak ke Harrods tapi dah tutup.. Pukul 8 malam dah tutup..
 
Jadi kami pun berjalan ikut kaki jalan ke mana..
:D


 3 ladies in pink pants in the middle of nowhere..
:D
 

 Nasib baik gambar yang bertampal di phone booth tu tak nampak dari gambar ni.. :D
 



Makan lagi? Padahal dah makan dah tadi kan? Ni semua Fazi punya angkara la.. hehehe..
Nak try Lebanese cuisine pulak..
 
Lepas kenyang, we all pun dengan senang hati berjalan pulang.. (it's a rhyme..! :D)
 


 
 
To be continued..
 
Stay tune ya..!
 
 
Mmmuahh!
 




SavvyBees in Seoul, South Korea :D

$
0
0


Fun moments in Seoul, South Korea..!
Paling tak boleh lupa naik rides!
Bukan berani sangat pun, tapi nak kena rasa jugak!
Hahahahah!!





"Can we go back, this is the moment
Tonight is the night, we’ll fight 'til it’s over
So we put our hands up like the ceiling can’t hold us
Like the ceiling can’t hold us
Can we go back, this is the moment
Tonight is the night, we’ll fight 'til it’s over
So we put our hands up like the ceiling can’t hold us
Like the ceiling can’t hold us"

- Can't Hold Us-

Membentuk keluarga Bahagia dengan Al-Fatihah

$
0
0
Assalamualaikum wbt,

Lama betul Fazi tak menulis. Kekangan yang macam-macam, yang paling dahsyat  sekali, my hardisk drive that contains every photos that I need to use to update the blog telah rosak.. Huwaaa!! Dalam proses recovery, but it takes a while. (Wengg tak sedia back up, padan muka).

What to do.. pasti ada hikmahnya..
 
TAPI..! InsyaAllah tahun 2014 ni lebih banyak input & ceritera Fazi akan kongsikan.

 Muka pada tahun 2014.. Hahaha..! Me in yellow shawl is without make up at all, just powder & lipstick & me in royal blue shawl, I put up make up a bit.

Memang sengaja letak gambar ni supaya tahun 2020 nanti boleh tengok balik & cakap pada diri sendiri, "Oooo.. macam ni rupa kau Faziha masa Januari 2014.."

Hehehehe...

So since this is my first entry in 2014, I have decided to make it beneficial for everybody (sebab ada je cerita yang sekadar bercerita bukan ada info contohnya macam berkongsi keseronokan.. :D)

Semua orang gembira dengan kedatangan tahun baru, tapi jangan kita lupakan bila semakin bertambahnya tahun, bertambah dekatlah kita dengan Maha Pencipta.. Yang kita tak tahu bila masa kita akan dijemput..


Siapa tak nak keluarga bahagia?

Tips yang Fazi dapat ni Majalah Wanita edisi Januari 2014 tulisan dari Ustaz Hanafiah Abdul Malik (daku bukan tertarik dengan gambar mewah Ku Yah & anaknya, tapi sebab ternampak tajuk kecil di bawah sekali, tu yang Fazi beli)



"Kelebihan Surah Al-Fatihah antaranya ia adalah salah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah & dengan izin-Nya dapat menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.

Bagi yang menghadapi masalah keluarga, boleh jadikan manfaat surah Al-Fatihah sebagai satu ikhtiar untuk menjadikan ikatan keluarga anda semakin kuat.

AMALAN:
Baca surah Al-Fatihah di waktu-waktu ini:
1) Selepas selesai solat fardhu
2) Setiap kali bangun dari tidur
3) Setiap kali hendak tidur

Baca perlahan-lahan supaya kita dapat menghayati maksudnya dan berhenti pada setiap ayat yang terdapat di dalam surah ini. Apabila berhenti pada setiap ayat, tarik nafas & hembuskan perlahan-lahan kemudian sambung dengan ayat seterusnya HINGGALAH sampai pada ayat ke-5 yang bermaksud:

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

Ketika itu, berhenti seketika dan mohonlah pertolongan pada Allah di dalam hati. Mohonlah apa saja yang dihajatkan ataupun sesuaikan dengan hajat itu dengan makna-makna yang terkandung di dalam surah ini. 

 Credit to: Mazana NS


Fazi doakan kita semua akan lebih cemerlang di dunia & akhirat pada tahun 2014 & tahun-tahun yang seterusnya..

ALL THE BEST!!! 

 My precious.. 



Anak kecil...

$
0
0

Seperti biasa, setiap hari Fazi sampai ke office hati rasa tenang & gembira..

Tapi hari ni lepas dapat tahu cerita tentang anak kecil umur 2 tahun mati diliwat, dibunuh di Paka. Jiwa sangat terusik. Mengenangkan anak itu sebesar anak bongsu Fazi [buat masa ni.. :)], baru nak pandai bercakap, baru pandai nak berlari, anak yang tak mengerti apa-apa..

Fazi rasa marah, sangat marah. Mana ibunya? Tak melindunginya. Kenapa dibiarkan anaknya begitu saja!

Tapi bila bercerita dengan adik Fazi, dia ceritakan kisah yang dia dengar dari ceramah Ustaz Dusuki. 

"Orang yang menzalimi anak kecil, adalah orang yang pertama akan dihukum di akhirat nanti."

"Dan anak-anak yang mati dibunuh atau mati ketika kecil (sebab sakit atau apa-apa), mereka akan terus berada di sisi Nabi Ibrahim AS, duduk di bawah pohon di Syurga.. Bermain-main dengan gembira.." 

So hati ni rasa terpujuk sedikit. Adik NurSyafiqa 'hidup' gembira di sana. Kalau dia masih hidup sehingga dewasa, dia mungkin akan dibesarkan dalam keadaan yang tak sihat & ada kemungkinan turut jadi drug addict.


 Credit to Ilham Ikhlas


Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindungan & rahmat-Nya.. 

Amin..



OPOCOT...!!!!

$
0
0

Berkurun lamaa... ku rasakann.. 

Heheheh.. lama betul tak update blog. 

Ok ok.. meh nak cita sikit update Fazi..



Sekarang Fazi pregnant 30 minggu. Ewah! Lama menyepi tetiba pregnant? Hehehe.. ramai juga yang kata macam tu bila jumpa live. Bukan tak balik pun, tapi pakai baju besar, so orang ingat Fazi gemuk. Hahahah!! Mana boleh tokei PB biarkan badan gemuk. Montel-montel debab tu boleh terima lagi tapi biar badan ada shape kan? Tak da bertingkat-tingkat.. hehhehehe..

Alhamdulillah, Fazi pregnant anak keempat sekarang. Adik Fazi cakap, "Ramainyaa anak youu... 4 orang." Hehehehe.. rezeki Allah nak bagi. Pregnancy kali ni memang berbeza dari 3 yang lepas. 

1st trimester, mabuk kepayang, letih manjang, kuat tido, tak boleh mengadap pc, telefon sebab kepala jadi pusing & mata berpinau-pinau & kurang selera makan (pelik bin ajaib sangat tu bila Nur Faziha jadi macam tu)! Kali ni punya pregnancy pun Fazi kelihatan begitu comot, sempoi & malas nak bergambar especially selfie.. Heheheh.. puas lawan tapi tewas akhirnyaa.. hahaha!!

Masuk 2nd trimester makin baik. Terus naik berat zasss hampir 3kg! Dan seterusnya naik dengan jaya. Heheheh..

Now dah masuk 3rd trimester, tinggal 10 minggu je lagi. Kejap sangat masa berjalan. InsyaAllah due Fazi 11 September 2014. Doakan Fazi & baby sihat & selamat ye kawan-kawan..

As usual, perutku memang besar. Heheheh.. 


                          Masa cuti sekolah baru ni di Zoo Melaka

     Last two weeks di Segamat, semangat nak beli & makan durian.


Seminar HBO di MIECC 2 minggu lepas..



 Makan tempoyak ikan patin buah yang sangat marvelous dengan geng sehati sejiwa siap semua pakat pregnant sama-sama (ahahahah!!) di Ana Patin House.

Dan Fazi juga nak ambil kesempatan untuk mohon maaf kepada semua dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua mendapat keberkatan & ibadah kita diterima oleh Allah SWT..

 

Tak pernah mengecewakan..

$
0
0
Memandangkan Fazi akan bersalin tak lama lagi, rasa tak sabar nak pakai Premium Beautiful..

Kenapa Fazi sukaaaa sangat dengan Premium Beautiful? Sebab everytime pakai, TAK PERNAH MENGECEWAKAN.

Nak tahu kenapa? Cakap saja, sesiapa pun boleh cakap kan? This is why I said Premium Beautiful never fails to give good results.


Fazi mula pakai Premium Beautiful sejak dari tahun 2009, lepas bersalin anak kedua. Siapa yang kenal & follow blog Fazi pasti tahu, yang Fazi ni jenis tak da istilah diet, kalau nak makan, makan je. Fazi juga fully breastfeed anak-anak yang mana biasanya orang breastfeed baby senang nak turunkan berat badan & badan senang slim. But that's not applicable to me. Heheheh.. Dan ramai juga yang begitu rupanya. 

Selepas bersalin anak ketiga, Fazi masih memakai Premium Beautiful.. Dan ini hasilnya..



Gambar April 2012 tu Fazi masih berpantang, baru minggu kedua. Memang sangat bulat. Konsisten memakai Premium Beautiful, dari April hingga August, perbezaan ketara dalam tempoh 4 bulan.


PENTING TAK ORANG PEREMPUAN JAGA BADAN?

Mestilah PENTING..

- Husband happy tengok kita pandai jaga badan
- Kita jadi contoh pada anak-anak. Jaga badan, jaga kesihatan diri 
  sendiri. Mereka akan ikut.
- Pakai baju apa pun elok terletak. 
- Tak pening nak beli baju
- Keyakinan diri makin meningkat. Tak ada rasa rendah diri
- Dan banyakkkk lagi sebab musabab kenapa penting kita jaga 
  badan kita.

Now ada PROMOSI best. 
Ada REBATE sebanyak RM250..! 

So contact Fazi cepat-cepat, sempena nak raya ni, sempat lagi untuk dapatkan set Premium Beautiful.
 
Whatsapp/ SMS/ WeChat Fazi 
0127552800 

Ameer Luqman & Gold Coast..

$
0
0

Biasanya setiap tahun Fazi berpeluang pergi melancong 2 kali dengan syarikat. Tapi tahun 2014 nampak gayanya Fazi berehat jelah.. Heheheh.. Bulan 9 ni sepatutnya ke Shanghai, tapi Fazi dah bersalin, maka dengan itu, tak boleh la ke Shanghai. Takpe lah.. lain kali masih ada.. insyaAllah

Awal tahun ni, kalau tak silap Mac kut sepatutnya Fazi & husband ke Gold Coast, Australia. 

Seperti biasa, malam sebelum tu baru kami bertolak dari Bandar Penawar ke Shah Alam sebab flight petang. Sehari sebelum, pergi ke birthday party anak officemate. Ameer Luqman, anak Fazi yang kedua makan gelojoh sangat malam tu. Malamnya tidur, tiba-tiba dia bangun meraung sakit. Suruh pergi toilet, tak ada apa-apa keluar. Siangnya pergi ke klinik, doktor kata gastrik. Pelik juga Fazi sebab makan cukup je anak ni. Dipendekkan cerita, sampai di Shah Alam, pergi sekali lagi ke klinik, doktor terus sahkan apendiks. Dan dia terus tulis surat pergi ke hospital immediately. Terkejut lah kami husband & wife. Terus pergi ke hospital, doktor terus jadualkan esok pagi mesti operate. 

Terus kami call tour guide, kami tak dapat nak pergi ke Gold Coast sebab anak tak sihat. 

 Malam pertama di hospital, kesian Ameer Luqman.. menahan sakit.. kalau mama boleh tanggung, mama amik rasa sakit Ameer..


 Senyum juga, tak nak bagi mama & abah susah hati kut.. Rasa sedih sangat bila tengok anak aktif, sakit baring je. Itu baru je apendiks. Macam mana la perasaan parents yang ada anak sakit kronik. Semoga mereka sentiasa tabah..


 Lepas operation. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Risau juga kalau Luqman meronta masa diberi sedatif tapi semua ok.
Doktor sebut ultraman, suka la dia.. ehehehhe..


 Si abang seronok betul dapat jumpa adik. Baring berbantalkan lengan abang. Sampai si abang sedih tak nak balik.


 Kasih abah..

Paling mencabar ialah selepas operation. Doktor tak bagi Luqman makan & minum sehingga perut dia ready. Bayangkan la 36 jam terpaksa dia menahan lapar & dahaga.. Dah la dia jenis kuat makan. Kami makan pun terpaksa sorok-sorok. Bila iklan kat tv keluar iklan KFC, Pizza Hut tu pun dia sibuk dah nak. 

Ada la juga bagi dia air sikit-sikit je dalam 3oz.. tapi akibatnyaaa.. dia sakit perut yang amat sangat.

Haaa.. muka ni ialah muka dah dapat makan, dapat minum sakit perut pun tak ada. 
ALHAMDULILLAH.. 

 Begitu lah ceritanya.. 

Tak dapat pergi ke Gold Coast.. tak apa.. tak ada sesalan, tak ada terkilan.. sikit pun tak ada.

Malah, Fazi & husband bersyukur sangat yang Ameer Luqman sakit sebelum kami bertolak. Fazi tak dapat bayangkan apa perasaan Luqman bila kami tak ada disisi dia sepanjang sakit. Dan yang pastinya Fazi & husband pun takkan rasa happy di Gold Coast.

Ada satu lagi yang buatkan kami terperanjat. Setiap kali pergi melancong, akan ada insurans khas akan cover kami semua sepanjang perjalanan sampai kami selesai bercuti. 

Kalau diikutkan bukan kami suami isteri yang sakit, tapi insurans berikan pampasan pada kami berdua. In other way, kami tak ada rugi apa-apa pun tak pergi ke Gold Coast.  Memang kami tak ada harapkan apa-apa, sikit pun tak ada. Syukur alhamdulillah.

Betul lah... kita (parents) sebenarnya banyak menumpang rezeki anak-anak.


La la la la di Gold Coast.. :)

$
0
0

 Seronok tengok gelagat partners Fazi pergi ke Gold Coast, Australia. 

Semua ni mak orang, yang Aziah pregnant pun tetap semangat bercuti. Hehehe.. Alhamdulillah, untuk trip ke Gold Coast, ada 3 muka baru yang diterbangkan ke sana. 

Amacam..? Seronok pegi holiday FREE? Mesti la seronok sangat kan.. tinggal nak bawa diri & duit shopping jer.



Semua tak tinggal topi & sunnies.. Panas yang amat kata diorang. Tengok diorang balik Malaysia pun ada gelap sikit la.. :D tapi worth it kan?

Teringat pengalaman pertama Fazi dulu masa pegang kangaroo di Perth. Bila tengok partners ni, selalu teringat pengalaman diri sendiri baru-baru dalam business.



 Dah macam dukung anak, Noreen.. heheheh..


 Aziah, pregnant ni. Tapi semangat sentiasa. Buat business semangat, bercuti of course lagi la semangat kan? 


Ini orang nama dia, Kak Nam.. hahaha!! Tak lah.. ni Fonseka aka Eka. Selalu meriuhkan suasana. Alhamdulillah Eka tak pernah miss trip sejak join, start dari Vietnam, London, Paris, Guangzhou, Korea, Gold Coast & coming soon Shanghai. Dan pergi bukan saja sendiri tapi bersama-sama rakan kongsi. Tahniah Eka..!


 Biasanya 4D.. tapi ni 7D.. macam mana la gayanya kan.. Diorang yang pegi jer lah tahu.. :D


One of the reason, orang yang dah pergi FREE TRIP bersama company ialah sebabnya tempat penginapan yang best amat. Tak kisahlah pangkat apa pun yang pergi melancong, memang semuanya dapat treatment sama rasa & memang pasti, FIRST CLASS TREAT.

**Teringat di Paris, duduk di Pullman Montparnasse.. bukak langsir jer, terus nampak Eiffel Tower.. oh Parissss...


 
 Day 2 mereka kalau tak silap. Company arrange KHAS untuk diorang semua sahaja masuk ke Warner Bros Movie World awal pagi untuk breakfast dengan semua Warner Bros Characters. 

Special betul..


Noreen yang memang adventure. Habis semua games dia main. Kalau ajak Fazi, memang idak la.. cukup lah main benda alah ni kat Genting dulu.. Bila turun jer terasa macam kepala tertinggal kat atas, bila naik, terasa macam kaki tertinggal kat bawah. Pastu jantung macam tercampak kat mana tah.. uhuhuh.. ngeriii...

Takperlah Noreen.. janji bahagia.. hehehe..
 

Mak yong, Aziah pun tak ketinggalan main jugak... eheheheh.. kalau benda alah ni, Fazi ok lagi main.. Heheheh..
 



 Benda yang MESTI kena try bila sampai di Gold Coast, Australia. Tengok gambar je pun tahu Jet Boating ni best. :D






Comel..!!!!

Alhamdulillah.. memang seronok tengok diorang seronok.. InsyaAllah, tahun depan kita ke Hungary & Austria main salji sama-sama ye kawan-kawan semua.. 

Kita posing sakan nanti kat sana..

For now, kita fokus untuk bantu orang lain untuk ke Hungary & Austria sama-sama kita.

Love,
Fazi..

 

Cinta Ibu, Cinta Suci.. Cinta Ayah, Tiada Bertepi...

$
0
0
 

Itu anak kedua Fazi, Ameer Luqman namanya. Lately Ameer Luqman suka sangat protes, tantrum, buat perangai tak kira tempat. 

Asalkan tak diikut kehendak dia, mula-mula dia akan keraskan badan dia macam batu atau lembikkan badan, tak nak bergerak mana-mana, dipujuk, sebab anak soleh sorang ni tak boleh kasar-kasar dengan dia. TAPI tak jalan jugak. Dia terus jalan laju menononggg je. Itu kalau di luar. Kalau di rumah, dia akan melembik-lembikkan badan, merengus, menjerit, merajuk tak payah cakap lah. Nak suruh bangun pagi punya lah susah yang amat, padahal dia lah anak yang paling senang bangun sebelum ni. Bila ditanya kenapa dia merajuk, dia diam tak cakap apa-apa.

Memang sangat menguji kesabaran. Ada satu hari tu, Fazi menangis sebab perangai dia. Terfikir, ini kecil lagi, tak dengar cakap macam ni, dah sakit kepala, sakit dada. Yang anak dah besar buat kepala sendiri, mesti parents dia lagi sakit kepala.. Nauzubillah..

Jadi Fazi mula cari info macam mana nak lembutkan hati anak & pada masa yang sama, doa banyak-banyak kepada Allah SWT. Alhamdulillah, Ameer Luqman mula tunjukkan kesan positif. Dah mula

Ni amalan Fazi:
1) Setiap malam, Fazi akan bercakap dengan anak-anak, pergi baring pada setiap orang anak sambil usap kepala anak-anak sambil baca surah Al-Insyirah. Mula-mula puji dulu dia anak baik, anak soleh, tak suka susahkan mama abah.. Lepas tu nasihatkan, jaga solat 5 waktu, buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa Allah larang. Antaranya dengar cakap mama abah. bla bla bla.. cakap lah apa yang kita nak cakap. Badan dia sedang rehat sepenuhnya, tapi minda dia ligat bergerak. Petua ni dapat dari kursus parenting oleh Dr Fadzillah Kamsah.

2) Petua ni adik Fazi kongsikan pada Fazi. Dia dapat dari FB Rahsia Hawa.
a) Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah, anda berdiri di belakang anak & kedua-duanya (anak & ibu/ ayah) menghadap kiblat.

b) Kedua-dua telapak tangan ibu/ ayah dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

c) Bacakan Al-Fatihah & Al-Insyirah sehingga habis.

d) Niat dalam hati mohon kepada Allah SWT: 
"Ya Allah.. permudahkanlah anakku ini untuk belajar & terangkan hatinya, lembutkan hati & ditetapkan iman & mohon anakku ini mendengar kata-kata ibubapanya".

Tapi Fazi tambah lagi doa, jadikan dia anak yang tetap mengerjakan solat, tidak melewat-lewatkan solat, tidak meringankan solat. Boleh tambah apa saja yang kita nak.

e) Kucup dahi anak & biarkan dia pergi ke sekolah. 

Telapak tangan ibu ayah ada aura. Gunakan sebaik-baiknya.. InsyaAllah mudah-mudahan, anak-anak kita akan jadi anak yang dengar kata.. Amin..

 p/s: Cinta ibu, cinta suci.. Cinta ayah, tiada bertepi.. 

Salam sayang, 
Fazi.. :)

Testimonial kulit cantik dengan Marine Essence..

$
0
0

Teruja tak dengan tajuk?

Of coursee.. hehehe.. 

Siapa tak nak kulit cantik.. lelaki & perempuan semua nak kulit bersih. Bak kata Maya Karin, hidung tak mancung takpe, pipi tak da lesung pipit takpe, no high cheek bone takpe, mulut tak seksi ke takpe.. Tapi bila kulit cantik, insyaAllah semua cantik..

Alahai ala-ala mak jemah ku rasakan bila bercerita.. hehehe..

Fazi nak cerita sikit kenapa sabun Marine Essence Beauty Bar ni special sangat, lain dari sabun-sabun yang lain. Apa kandungan sabun ni sampai ramai yang dapat kesan positif?

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral & antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-Erh)
- Terkenal dengan anti-oksidan & sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang merbahaya yang merosakkan kulit (anti-penuaan).
- Memperbaiki & memperbaharui sel-sel kulit & menjaga sel kulit baru agar tetap sihat & muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit & bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah & rosak dengan berkesan

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya ia menarik kelembapan ke dalam kulit.
- Merupakan pelembap terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan & meransang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Cakap je, siapa pun boleh kan?

Ok, ni testimonial-testimonial cari customers yang sangat berpuas hati & happy. :)


 Kulit berminyak memang merimaskan. Tepek lah bedak banyak mana, memang takkan ok. Kulit jadi makin kusam, tak bermaya & nampak tidak segar.


 Bekas parut accident semakin pudar


 Kulit kering & berkeping-keping.. Kalau jenis tangan gatal, asyik nak mengopek je lepas tu berdarah.. Kulit makin tak elok, risiko jangkitan kuman, macam-macam boleh jadi.


 Jerawat tiada lagi.. :)


 Tumit pecah. Muka cantik, bersih tapi kaki macam pegi ke sawah, berkerak & merekah, hilang selera suami tengok. Orang kata kalau nak tengok orang perempuan pandai jaga diri ke tidak, tengok tumit. Jadi jangan biar tumit kaki pecah.


   Alhamdulillah.. makin comei la raya ni dik.. jerawat besar tiada lagi.. :) 
 


 Sabun eksen ke tak kisah lah.. janji lepas pakai muka bersih, jangan eksen ye.. heheheh.. 
Kulit cantik, bersih berseri.. :)


 Jangan risau, semua rangkaian produk Marine Essence disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anak kecil baby pun boleh pakai..

Dan gunakan tanpa was-was.. semua berasaskan tumbuhan.. :D

Nak order?

Fazi sentiasa ada ready stock. Nampak je stock sabun Marine Essence nak habis, cepat-cepat pegi restock. Sebab order sentiasa masuk.


GOOD NEWS..!
 Postage adalah setiap hari.

Boleh whatsapp/ sms/ call/ wechat/ email Fazi anytime
012-7552800
fazi_zizi@yahoo.com

Love,
Fazi..

Fazi & Nasi Mendhi.. :)

$
0
0


 Assalamualaikum.. Hi semua..

Semalam untuk berbuka puasa Fazi masak nasi Mendhi.. Lately famous pula nasi mendhi, nasi arab segal nasi arab lah.. hehehe..

Pakai pes je pun, mak Fazi belikan. Sedap rupanya..! Memang rasa lain dari nasi biasa. Kalau ada yang nak cuba, boleh la try pes yang macam kat bawah ni.



Untuk lauk pula, Fazi masak Daging Kima, kambing panggang, salad & sos resipi dari mak Fazi.


Comot betul mangkuk. Heheheh.. Plan asal nak masak kari daging, tapi Fazi tersalah keluarkan daging. Rupanya keluarkan daging hancur. Terus terfikir nak masak kima daging. Maka dengan segeralah mencari resipi. Dapat resipi ni dari Mat tiffinbiru.com.. senang jer & yang penting SEDAP.. tapi ada bahan Fazi tak da, maka guna je lah apa yang ada. Heheheh.. Kalau cukup bahan, sure lagi sedap.

Kima Daging (www.tiffinbiru.com)

Bahan-Bahan:
150 gram daging lembu cincang (anda nak guna daging kambing pun ok)
2 biji tomato masak ranum, cincang
1 1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar rempah kari daging
3/4 camca besar serbuk ketumbar (Fazi tak da ni jadi Fazi ganti dengan daun ketumbar, hehehe ikut suka hati ku aje)
1 biji lada merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2
1/2 cawan kidney beans, rendam semalaman dan rebus hingga empuk, toskan (ini pun Fazi tak ada)
3/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar minyak sapi (ni pun tak ada)
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar halus:
3 biji cili hijau
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca teh lada hitam biji


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis hingga garing, tambah bahan kisar halus + serbuk kari daging + serbuk ketumbar, kacau rata dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan tomato cincang dan daging kisar, kacau dan masak hingga air daging kering.
  2. Tambah kidney beans dan tuang air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah cili merah, cili hijau, mix vege dan bawang besar yang dicincang tadi. Gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Jika suka lebih hangat, boleh tambah sedikit lagi lada hitam kisar. Hidangkan bersama roti, capati, roti canai atau roti paun.

Ni pula sambal nasi arab. Senang sangat nak buat. Blend semua bahan-bahan. 

1 biji tomato
Lemon (ikut citarasa masing-masing)
3 tangkai daun ketumbar
3 biji cili padi
Garam
Gula


Bila makan, sayur mesti kena ada. Salad ni sesuai makan dengan nasi arab, lamb chop, chicken chop. Rasa salad ni masam manis masin semua ada. Tambah lagi dengan rasa rangup & manis sayur-sayur. Bahan-bahan seperti dibawah digaul rata. Pastikan semua bahan ni segar & dibersihkan dengan sempurna. Sebab tak semua ni mentah.

Tomato 
Timun
Salad 
Kubis
Bawang besar
Daun ketumbar 
Lemon (ikut citarasa masing-masing)
Garam
Gula

Kalau ada virgin olive oil & balsamic vinegar lebih sedap. Fazi tak ada sebab semua ni last minute. Jadi Fazi gunakan bahan-bahan kat atas je. Husband Fazi makan penuh selera. :)


Kambing perap panggang ni, Fazi beli ready made je dari kawan Fazi. Sedapppp sangat. Anak-anak Fazi pun suka.
Fazi ni sebenarnya tak makan kambing sebab bau dia, tapi pregnant kali ni, selera sungguh makan kambing.
 Memang pelik-pelik aja time mengandung kan.

Haa.. itu ler kisah Fazi & Nasi Mendhi.

:D

MESTI kena ada Premium Beautiful.

$
0
0

Raya bakal tiba. Masa puasa badan susut, alhamdulillah, bila raya ramai yang ada susah sikit nak control lepas nampak segala juadah yang disediakan. Isk.. yang menaip ni pun dah terliur dengan lodeh, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, soto, segala macam lah! 

Antara soalan & masalah yang kita (orang perempuan) tak suka sangat. Boleh mengganggu jiwa, confidence level pun kurang, kusut kepala pun ye, adalah seperti di bawah.. 

a) Badan kurus, tapi shape pinggang lari sikit, aset badan TIDAK MANTAP?







b) Perut BUNCIT & BERLAPIS-LAPIS? Hinggakan ada yang menegur, "Pregnant lagi ke?" padahal, tak pregnant. Soalan ni bila dengar je orang tanya kita, kita nampak orang tu besar kecik besar kecikkk je kan?




c) Nak pergi gym atau exercise tapi tak ada masa sebab terlalu sibuk dengan urusan pejabat, urusan rumahtangga. Wanita sibuk memang begitu. Tak jadikan alasan, tapi hakikatnya begitu. Huhuhu.. Siapa yang dapat buat, sila lah share! Sebab nak keep fit tu penting, kan? Kalau tak nak uruskan rumah sikit je pun dah semput.



 Ha.. jangan sampai jadi macam ni ok..

 
d) Ada masalah dengan migrain, asma, period tak teratur, buasir, sakit belakang, muka berjerawat. 




================================================

Kenapa setiap wanita MESTI memiliki Premium Beautiful?

1) Premium Beautiful membantu mengurangkan berat badan & mencantikkan badan dengan KAEDAH SELAMAT. Ia direka khas untuk membentuk kontur badan dengan SEMPURNA seperti HOUR GLASS dengan mengalihkan lelemak badan di tempat yang sepatutnya ia berada.




                           Baju memang membantu, tapi takkan nak pakai patern yang sama je kan?
                                      

2) Meletakkan payudara & punggung di tempat yang BETUL. Ini mengelakkan kedua-duanya menjadi menggelebeh & tidak menarik.

3) Mengurangkan & seterusnya menghilang sakit pinggang dan badan.




          Badan nak pakai lama, anak-anak kita memang suka berpaut, manja-manja dengan 
                   kita. Kalau badan kita sakit, mood nak layan anak pun tak berapa nak ada.. kan?

4) Masalah period tidak teratur dapat diatasi serta mengurangkan sakit period pain. 



                        InsyaAllah, setiap bulan tak mc disebabkan period pain.

5) Mengurangkan & memudarkan selulit.

6) Mengecutkan buasir & menyelesaikan masalah penghadaman. Anda akan lebih LAWAS..!

7) SANGAT BAGUS untuk individu yang mengalami MIGRAIN & ASMA.

8) Mengecutkan rahim dengan cepat & memulihkan luka bersalin dengan cepat melalui bantuan F.I.R.

9) Premium Beautiful juga dipanggil "Korset Abang Sayang" kerana ia membantu merapatkan vagina terutama sekali selepas bersalin. Suami PASTI gembira. Tidak perlu lagi susah payah "bertangas".




10) SANGAT SESUAI dipakai ketika bersenam.

11) SANGAT SELESA sekiranya anda dapat saiz set yang BETUL. Jadi, beli dengan agen yang mempunyai pengalaman LUAS dalam bidang ini. Minta tukar saiz jika rasa tak selesa. So buy with CONFIDENCE.

===============================================

Kenapa mesti PILIH Premium Beautiful?

1) Korset yang mempunyai SUPERBRAND. Seperti roti Gardenia, ia mempunyai pengiktirafan SUPERBRAND, enak dimakan begitu saja.

2) Mempunyai teknologi F.I.R dari Jepun yang selamat digunakan.

3) Konsep Premium Beautiful:
70% kesihatan + 30% kecantikan = 100% KEYAKINAN DIRI

4) Mendapat pengiktirafan dari Pakar Tulang Belakang dari American Chiropractic Association, Canadian Chiropractic Association & Quebec Chiropractic Association.

5) Jaminan SEUMUR HIDUP

================================================
                   
                 Now, Fazi nak offer HARGA TERBAIK..!!

            Untuk produk yang hebat, hanya perlu membayar 
                                      RM87 SEBULAN..!

            Untuk info lebih lanjut, boleh hubungi Fazi dengan segera

                             Whatsapp/ SMS/ Call 012-7552800

Love,
Fazi.. :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri..!

$
0
0

Assalamualaikum wbt..

Ramadhan kian hampir melabuhkan tirai.. Ramadhan kali ni, banyak beza dari Ramadhan Fazi yang lepas-lepas.. Alhamdulillah banyak perbezaan yang baik. Tapi takpelah, Fazi simpan untuk diri sendiri, takut takut diri ni timbul rasa riak. Nauzubillah..

InsyaAllah kita semua akan menyambut Syawal pada Isnin depan. Fazi ingin ambil kesempatan kepada semua untuk mohon ampun & maaf sekiranya apa yang Fazi kongsikan dalam blog ni, di facebook, di instagram ada yang terasa, terkecil hati. 

Fazi doakan semuanya selamat pergi dan pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Dalam kita bergembira, pasti ramai di antara kita yang berduka. Kepada keluarga mangsa MH370 & MH17, Fazi doakan semoga semuanya tabah mengharungi dugaan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin & muslimat..   


Aidilfitri 2009



 Aidilfitri 2010




Aidilfitri 2012



Aidilfitri 2013

Macam-macam ragam setiap tahun. Geli hati bila tengok semula. 

Macam mana pula la ragam bergambar tahun ni. Dengan si cenonet Amzar Hamzah yang makin ligat.


Love,
Fazi.. 
 
Viewing all 117 articles
Browse latest View live


Latest Images